Friday, November 13, 2009

kenapa aku serabut?

bismillahirrohmaanirrohiiiiim..

salam...
ini jawapannya.serius ni memang untuk aku.korg x tau la.korg syadid.no hal nye.




Sebab Jiwa Aku Serabut

Antara sebab-sebab jiwa aku serabut adalah seperti berikut:

1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan aku ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Bila kena uji bila iman aku lemah atau tidak beriman.na'uzubillah.

Ketenangan itu sebenarnye berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia kena dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, tinggal di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa dan lain-lain.

Bila ketenangan dah tak ada dalam diri aku ni, aku memang sentiasa keluh kesah. Apa je aku buat serba tak kena, makan rasa tak sedap, tidur tak lena, membuat sesuatu perkara memang tak ada penumpuan lagi, selalu je termenung, orang bercakap kurang ambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan terutamanya dgn org yg baik2 atau soleh, membaca pun terganggu untuk memahami,rasa tak suka dengan org2 soleh.Aku jadi mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah terasa, mudah tersinggung, tak tahan sabar, tak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.kalau becakap pun mrapu.

Orang yang berada di dalam tidak tenang macam aku ni, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran atau ilmu, aku tidak boleh kontrol rasa tidak tenang itu. Sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan. Sentiasa nampak muram, susah hati aku mmg amat ketara,tapi aku tak tahu org perasan ke tak.Kalau aku seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat skalipun mungkin kepada sesetengah orang aku boleh kontrol perasaann aku. Di tengah ramai aku boleh sembunyikan ketidaktenangan aku itu untuk menjaga wibawa atau status diri yang dipenuhi dgn hipokrit, tapi bila waktu keseorangan aku mulalah termenung. Kesusahan hati aku nampak dilihat di air muka aku.Tapi aku je la yang perasan.

Kalaupun aku ni orang mukanya hensem, orangnya periang, happy go lucky, adakalanya susah juga dikesan perasaan dalam hati aku sendiri. Tapi kalau la aku tak boleh kontrol, akan terlihat dimuka aku.benda ini dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada,kawan-kawan susah hati.itu pun tengoklah kawan yang macam mana.
Aku tulis ni bukan nak ambil simpati korang yang membaca.Tapi,aku nak beritahu korang betapa teruknya aku.

jadi,kesimpulannya.
JANGAN jADI MACAM AKU
ibarat kaca bersadur keemasan

wallahua'lam.

Tuesday, November 10, 2009

inovasi aku!...weh bace weh..ples2...

Bosmillahirrohmaanirrohiiiiim.....

salam.hari ini aku bosan gile..seperti hari2 yg biasa.bosan tak terkata.akux tau nk kata ape dah..mmg isy..bosan gile..
tapi hari ni,disebabkan kebosanan aku yg membosankan.,aku telah mengambil satu inisiatif untuk mngurangkan thp bosan yang aku miliki..hari ni,aku telah menjahit!..
ceni cite die..

aku tengok ada satu dr baju aku ni orait gak la..nice..baju THE BEATLES..ni along(shukri 5 marikh..skang blaja mt UM) punya ni..aku ingat lagi aku berebut ngn sape ntah nk dapatkan baju ni time kt smapkajang dulu...tapi,skang ni..baju ni cam2 fit sket ntuk aku pakai..aku bukan tanak pakai baju tu..tapi fit kan..aku cm malu la..takut2 la seksi ke hape ke..sbb badan aku mmg fit skang..smpai ade org panggil aku tony jaa..aku bengang gile..isy..tape la en..saba je la...jadi,aku pon amik baju tu..diktinya.. pendekkan cerita...aku ubah baju tu dr sebuah baju ke sebuah beg...gambar2 ni adalah buktinya...tempoh masa yg diambil:3 jam..dan satu mende aku nk btau...material untuk aku wat beg ni...hanya lah baju ni!...tade bendasing2..material sampingan tu ade la cam..gunting, benang,buuton sebijik,..
Beg ni sesuai untuk friends outing,picnic,beg g kuliah,nk mencapap,..
lobang2 untuk memasukkan barang ke dlm beg ni ade 3..lobang kepala,lobang lengan kiri kanan..100% cotton..beg ni saiz M...made in kelantanullazi...
wokeh layan pic di bawah..pastu kome skali..x kesa la kt shoutbox ke kat post i..hahaha..k,layanullazi...:-)



pic

1.jahitan pari2 mantan beradu tujuh beradikullazi...
2.dari belakang..-the beatles-
3.tag baju tu..haha
4.decoration sketul(vintage button)
5.dari depan








wallahua'lam....


p/s:
1.tq kpd ALLAH krana mmberi cetusan idea nni dan tenaga untuk aku buat kje ni..tanpaNYA aku x leh wat pape...

2.tq cekgu zarifah(smapk) sbb ajar aku mnjahit time f3..(macam la die baca blog aku..)

3.tq kpada pminat2 say yg x behenti untuk trus mmberi sokongan dan dorongan kpd saya untuk mneruskan pjuangan ni..luv u ol!...haha

4.x saba2 aku nk gune bag klaka ni..hahaha

Sunday, November 01, 2009

Bila naim?

Bilakah agaknya hati ini mampu tenang dan tenteram?? Hati ini terlalu busuk dengan nanah yang membusuk, hati benci mati,hati suka hiburan,aku cinta dengan perjuangan tetapi bibirku malas sekali berzikir. Hatiku gelap daripada bertafakur.Aku hanya cinta kepada perjuangan bukannya Tuhan kepada perjuangan. maka itu petanda jelas bahawa aku belum cukup mencintai Ilahi.





Apakah cukup sekadar dengan keluhan? Padahal hidup memerlukan kayuhan. Kayuhan amal yang tidak putus-putus dan tanpa jemu-jemu. Kita boleh senyum ketawa dan mesra ketika bersama manusia, namun jauh di sudut hati, perasaan sedih dan merintih kerana mengenangkan dosa lalu, dosa kini dan dosa akan datang.

Sesekali kita boleh tertawa dengan kebodohan diri, tetapi lama kelamaan jika kebodohan itu berulang, hati akan sengsara oleh satu pertanyaan:

Bila aku akan matang?