Sunday, December 25, 2011

No! and again......





Looking back all tahun belakangan ni,
How i suffered all the pain & tears
I got a burning desire
To make a change like i never had
I feel it’s getting out of control
If i can live in peace selalu then i surely nak!
No i don’t wanna be a denial
Too much kecewa i can no longer tell
Has turned my life into such a living hell

Looking back all those times
To all my sins & to all my maksiats
Nothing will ever be justified
Being young & blind won’t give me the right
To all my loyalty’s are unquestionable
I’ve dedicated all my life & soul
But when it all went wrong & the iman was down
No one datang to be around
Weren’t there to catch me when i fell,

astray kah aku?mourning too much kah?

ALLAHUMMA TSABITNA 'ALA IMANI WAL ISLAMI WAL IHSAN.
ALLAHUMMA IHDINA WA WAFFIQNA LIMA TUHIBBU WA TARDHO.









woi,dah 6 tempat blaja dah ko ni naim,takkan nak buat hal lagi kot.

p/s:kesian lagu THE ACAB aku gubah,sori abg megat hafiz(belajar kat yaman skang) n the troops.

Wednesday, October 05, 2011

terima

sudah dekat masanya,

aku menerimanya,cuma ku bimbang apalah lagi musibah akan menimpa dek perbuatanku sndiri.

ya ALLAH,kurniakan aku cahaya taubat.


im in an ocean of shambles........................................................

Sunday, September 11, 2011

pagi yg tak pasti

sudah pagi rupanya,
ah,sama saja bagi dirinya,
suboh,pagi,tghhari,petang,malam,tengah malam,
sama sahaja,
mencuba utk senyum,
dtengah lautan ummat Nabi Muhammad sollahu 'alaihi wasallam,

hari ini dia menyuap rendang,
air kotak,
dikala suapan demi suapan,
terbit sinaran malu dsbalik gunung qalb,
ah,lansung tidak diminta nikmat ini,
mungkn inilah berkat.

Malu dek nikmat maseh dicurahNYA,HUUU...
sdang diri maseh bergelumang air najis,yg berat,
tak pernah membuang daya utk menyamak,

mungkin dia hanya mampu baring.,,,
menunggu pagi esok yg tidak pasti.

Friday, September 09, 2011

pabila berpaling...

aku menjadi seperti seekor burung yg gugur bulunya,
setiap kali melihat burung berterbangan di angkasa,aku merasa dukacita,
kerana dulunya di taman2 aku pernah bergembira,
hinggakan smua unggas yg diingini mampu ditangkap,
sehinggalah suatu ketika musibh menimpa,
apabila sudah terpotong sayap ini ,aku merana......,...,.......

Thursday, September 08, 2011

kitab dan pena

kan ku dayakan hati membuang dinding,
kitab dan buku jgn dijinjing
hemph,dakwat dan pena tak membimbing,
bukan di sana putiknya cinta
bukan di sana tempat meminta
buangkan saja buku dan nota,
ingatkan Tuhan bertaubat segera.

Saturday, September 03, 2011

antara dua darjat




entah mengapa,
hari2 berlalu kurasakan layu.
selayu melayu...
biarkan diri diulit masalah tanpa rasa bersalah,
terawangn di dalam belon besi yang celaka.

segala seolah berubah,
lidah bertutur..
"mencari magfirah dan restuNYA,"
padahal,,
tidak bersungguh mendayung sampan,
sampan yang bocor,
kemudi yang patah,
tangan yg berisikan tulang,
menentang ombak syaitan!!!

argh,celaka.
celaka pada jiwaku,
yang semakin sepi dari ruang suci.

berfikir soal kehidupan,
dari dulu hingga sekarang ,
masih terasa hambar,kelat,
manis hanya dihujung lidah,sekali sekala.
mungkin inilah kehidupan yang aku sendiri cari,

tetapi idealogi hidup aku tiada yang menarik untuk aku cheritakan di lantai hitam yang sememangnya jujur ini barangkali...
akhirnya selama aku mencari benar yang berbeza,dtg tanpa di sangka sakit yang lain untuk aku berfikir...
dan aku memberi penghormatan ini untuk aku tuliskan kepada yang berhak memahami.
aku agak tertarik dengan perasaan yang aku rasakan di kala aku menulis naskah ini..

doakan aku........................................................................



Wednesday, August 17, 2011

hasbi rabbi.


nak habiskan 30 juzu'
macam kita redah lautan.
mula2 cetek lepas tu makin dalam
makin dalam
dan lepas tu akan cetek balik.
dan aku skang berada dekat2 ngn tengah lautan.
peritnya,
kdg2 rasa nak tumbuk je kepala.
harap2 ALLAH beri aku kekuatan.
kalau aku tak habis kat dq pun,
aku sambung kat luar.
apa susah.
. . .

Sunday, August 07, 2011

mungkin pada penggal kedua.
tiada ada lagi aku dibumi barakah ini,

kecuali dgn khendakNYA

yang maseh cuba ku pertahan,
sisa-sisa chinta pada ALLAH dan sayyidina MUHAMMAD SOLLALLAHU 'ALAIHIWASALLAM.

maaf guruku kerna sering memporakperanda fikiranmu
dgn khilafku.

mungkin tiada lg aku di bumi quran penggal dua akan dtg.

aku beristighathah kepada mu ya rasulullah,rijalallah,ibadallah,auliyaallah agar masalahku diselesaikan ALLAH.

Sunday, July 03, 2011

mesej kepadamu

Inginku cuci dirimu, namun bila ku ingat noda diriku.
Lalu ku kurung hasrat itu dalam sangkar malu ku.
Ingin rasa aku berbicara agar kau memahami perasaanku,
namun bila ku suluh jiwa dhaifku. Lalu ku tahan kata walau mendesak dirongga.
O Tuanku,turunkan aku dari muatan sial keparat itu
Dapat mengunyah rerumput di padang rahmat-Mu
sememangnya,20 tahun aku melayang tak tentu tujuan
Ya, ibarat sebutir debu berpusing di udara.
Mungkin lampaui batas kalamku
biarlah,dari membiar dadaku terbakar

aku asyik dicelakakan.dinajiskan.

Tiada guna jariku menulis lagi....
Kerna jariku maseh punya darah
perlu lagi ditempek herba.

Wednesday, June 29, 2011

sufi wisdom

though we seem to be sleeping,
there is an inner wakefulness
that directs the dream, and
that will eventually startle us
back
to the truth of who we are.

Tuesday, June 28, 2011

cukuplah. ..

cukuplah bagiku pengetahuan TUHANku
doaku serta rintihku
sbgi bukti kefakiranku
oleh kerana rahsia itu aku berdoa
pada saat susah senang

wahai TUHANku yg memiliki aku
KAU Maha Tahu akan keadaanku
dan apa yg berada dlm hatiku
dari sedih dan sibukku,

maka tolong aku dalam.kelembutan
wahai Tuhan seluruh hamba
sblum lenyap kesabaran hambamu ini
wahai pemberi prtolongn yg segera
oh,wahai yg maha dekat

aku mengaku akan lemahnya aku
oh,aku sentiasa menunggu,
aku sntiasa berprasangka baik trhdpMU

wahai TUHANku,dlm jiwa ini ada hajat
tunaikanlh wahai yg Maha Menunaikan
tenteramkanlah rahsia dan hatiku
dr kbimbangn dan pergolakannya.

semoga ALLAH mengubat hati yg parah

Monday, June 27, 2011

....

ya ALLAH
























Dunia ini amat menakutkan.

sengalnye.

ALLAH,ikfi syarro dzolimin.

....

ya ALLAH
























Dunia ini amat menakutkan.

sengalnye.

ALLAH,ikfi syarro dzolimin.

....

ya ALLAH
























Dunia ini amat menakutkan.

sengalnye.

ALLAH,ikfi syarro dzolimin.

....

ya ALLAH
























Dunia ini amat menakutkan.

sengalnye.

ALLAH,ikfi syarro dzolimin.

Thursday, June 09, 2011

Dinding

. Ibnu Atha'ilah
mengungkapkan, Sesungguhnya
yang menyebabkan kerisauan
hati dari segala sesuatu itu,
disebabkan mereka
masih terhijab (tidak melihat
Allah dalam apa yang mereka
lihat), tetapi andaikan mereka
telah melihat Allah dalam tiap
sesuatu, pastilah hatinya tidak
lagi merasa risau.


Isyy!serabut2. . .

Setiap hari aku berfikir dan berusaha mncari jalan keluar.

Persoalan syuhud,bukan i'tiqod.


Serious serabut yg amat.amatx10000000000000000


aku masih gagal dalam realiti.
mencari ALLAH.

='(

Wednesday, June 08, 2011

Ingatlah

Tasawwuf



ALLAH. . .


aku harap tiada satu pun dari kalangan shbtku yg meremehkannya.

Terjunlah ke dalamnya,nescaya ketenangan yg kau dapati.

_bergandingan kearah menggapai al-ilm billah_

ALLAH

Saturday, May 28, 2011

Terfikir sjenak

Salam,

berkata guruku yg mulia.Tuan Guru Hj.Abdullah Al-Hafiz.

"kalau kamu nak cari ilmu betul2,lepas grad darul quran..kamu pergi masuk pondok kat fatani.untk mantapkan ilmu nahu sorof.skurg2nya 7 tahun.lpas tu, kamu pergi Mesir.dan lepas tu Hadharamaut,Yaman..percayalah kalau kamu dah kuasai bahasa arab,nescaya mudah bg kamu"..

Aku terdiam.terkedu.terkaku.

Pasti terkandung sribu satu pngorbanan dalam mlaksanakannya.

Apa pndapat kalian?

Wednesday, April 20, 2011

The Bottomline

setelah beberapa minggu tertangguh,akhirnya dpat jua aku peluang untuk ke pondok tahfiz di rantau panjang yg di jangka selama sbulan mulai hari ni.

dapat jua aku beruzlah kat situ.boleh aku ngulang sepuas puasnya hati.haa!

syeh2 kat situ power2 dan garang.tak sabar nak kena penampar+penyebat ngn diorg.
bersakit2 dahulu,bermasyi2 kemudian.

Dalam kesempatan ini,aku nak berkongsi satu cerita buat sahabt2 medik diluar sana.smalam syeh tu ada cerita,beliau kata ada sorg plajar medic kat mesir rajin gila pergi cari ilmu,pergi talaqqi ambik sanad pelbagai qiraat,belajar ilmu quran dgn gigih,sampai matan2 qiraat suma dia hafal matan tajwid cair..balik2 melaysia jadi rujukan budak maahad qiraat shoubra,yg memg dlm takhassus quran,kalah budak shoubra.aku harap korg pun macam tu.boleh aku belajar ngn korg nanti.nak katanya takda alasan untuk korg berfoya2 disana.(dia kata)(err,padan muka kalau terasa..kuan3)

kebanyakan pelajar lepasan shoubra banyak baca quran salah banyak lagi.syeikh tu kata,kena sambung kat tanta pulak.masa yg diambil untuk jadi syeikh qurra' yg dianggarkan kat sana ada la lebih kurg 12 tahun!!

mengeluh aku dengar.12 tahun bukap sekejap.contoh habis kuala kubu,umur 22,22+12=34 tahun umur aku!

tu baru kat mesir,nak sambung yaman lagi,syiria lagi,mekah lagi,pakistan lagi.india lagi,madinah lagi,jordan lagi.(hebat tak angan2 mat jenin aku)

apa2pun buat satu2.katanya ayah aku.

p/s:zaimu,jangan sedih sebb lepas tiada update dari aku doh,mu doa ke aku deh.kuan3.kalu ada masa aku update ikuk hensek.


(sungguh,aku rindu akan bumi ini)

Tuesday, April 19, 2011

tekad.

InshaAllah,habis sahaja pengajianku di kuala kubu bharu ni,memang aku tekad untuk ke Yaman takpun Syiria.


biarlah org kata kerajaan Malaysia tak iktiraf pun keluaran dari sana.yang bagi rezki Allah,bukan kerajaan Malaysia.(bukan bermakna aku meninggalkan dunia)

aku perlukan guru2 alim ulama2 arif billah yg mursyid dan murabbi utk bimbing jiwa aku yg penuh zulmat ni.ulama2 syariat sahaja belum mencukupi walaupun mereka amatlah penting.

Ya Allah,hanya kau yg mengetahui hati yg kotor ini.


~perjalanan maseh jauh. . .



(hati aku sering menerawang ke sana)

Tuesday, April 12, 2011

rational la sikit


Ooo..perjuangan islam ye,subuh pun org kejut(sekadar muhasabah)


Kalaupun berang,menyampah dgn politik lucah/fitnah yg dimainkan oleh UMNO/BN, kita tak perlu guna taktik sama.. DNA (Dato najib altantuya) yg dimainkan oleh PKR juga merupakan politik sial/qadzaf..tu pun tiada bukti yg kukuh kan?.

kalau yg umno buat baik,baik la.bukan apa,aku dengar ustaz Pas baru2 ni ceramah di masjid.

"alah, yg terengganu buat program ulul albab tu budak2nya hafal 5 juzu' je.."

ops2,common ustaz.

sekurg2 mereka hafal quran.tu pun nak kritik ke.lansung tak rasional.

bab niat,kita boleh tau ke diorg buat program tu sbb nak raih undi?common guys,hebat betul boleh tau hati org.rosak hati.dosa kering je dapat snagka buruk kat org.

tak2.saya tulis ni bukan bermaksud saya menyokong perjuangan UMNO dan skutunya.TIDAK sama sekali.

cuma ,kita nak menentang tak payah la guna taktik kotor sepertimana mereka guna.itu shj.kalau tak,apa bezanya kita dgn mereka???

*Ya ALLAH,peliharalah drpd dosa qadzaf,karena ia termasuk as-sab'a al-muubiqaat (7 dosa2 besar) yg dimurkai Tuhan.

Ini masalah apabila berpolitik mengikut nafsu,bukannya agama.

bisa dikritik secara ilmiah. =)

Sunday, April 10, 2011

Ya,itu semestinya.


(oo,dia kamu teringat,mati tak teringat pulak?)


dalam kebelakangan ni,

saya ada perasan,
yang shbt2 saya yg menghafal Al-Quran tak kira sikit ke banyak,
sering mngadu masalah,tak kiralah di dlm apa bentuk sekalipun,
macam2,padahal saya pun di dalam masalah yg sama,



khas buat,shbt2 yg hafal quran(yg tak hafal pun boleh je):


ok,saya kecilkan skop masalah shbt2 saya yang semuanya remaja.most of them mempunyai masalh yg sama,masalah hati suka akan seseorg itu sampai tak keruan.semua org tahu ia fitrah,tapi fitrah boleh jadi fitnah.adapun fitrah dan fitnah itu terbahagi di suatu garisan yg sangat halus.

ya,saya pun situasi yg sama.

well.biasalah tu.

cuma,kita kena bijak mengolah masalah itu.mengolah bukan membuang terus.faham tak?

kamu kena perasan jugak yg diri kamu(huffaz and hafizah) ni memang diganggu oleh syaitan yg bukan calang2,bukan sebarangan,kerana jalan yg kita ambil ialah jalan mendekatkan diri kpd Allah,menghafal kalam2 Kekasih kita.eh,igt syaitan suka ke kita mengulang quran 3 juz shari dan sebagainya(contoh).sudah pasti syaitan akan cuba untuk jauhkan kita dgn apa yg boleh mndekatkan diri kita pada Allah.

oleh itu,siapa2 je yg suka kat seseorg itu,hendaklah dia menyukakan Allah dgn mngambil syariat sbgi jalan.pandai2 lah.

so,pandai2lah.bukan memandai eh!dengan ilmu yg sahih.

ya,itu semestinya.


*huffaz ni kalau baik,baik betul,kalau jahat,lagi jahat dari iblis!iblis!iblis!(aku ulang supaya lekat dlm kepala)

**artikel ini sudah di edit untuk keselamatan

Friday, April 08, 2011

memang pun

saya memg tidak suka kepada golongan yg :

-sering mengkrititik Asha’irah bahkan sehingga mengkafirkan Asha’irah

-Menyamakan Ashai’rah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mua’ththilah dalam perkara mutashabihat

-Menolak dan menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek

-Berselindung di sebalik mazhab Salaf.

-Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah SAW boleh membawa kepada syirik.

-Menolak bahkan membida'ahkan tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta solihin

-Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang syirik

-Memandang remeh karamah para awliya’

-Menyatakan bahawa ibu bapa dan datuk Rasulullah SAW tidak terselamat dari azab api neraka.

-Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka

-Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)

-Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)

-Sering memperlekehkan ulama2 besar,ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.

-Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram

-Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah

-suka membangkitkan soal khilafiah.

-Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah

-Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar

-Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani

-Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat

-Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat

-Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah

-Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka



ini adalah antaranya.biarlah,aku nak jelaskan pendirian aku.biarlah jelas pendirianku.

Thursday, April 07, 2011

pelik tapi,..


(cuba kau selami gambar ni,mesti kau akan rasa sesuatu)




bagaimana seseorg akan mengembara menuju kepada Allah,masuk ke hadrat Allah,mengetahui sir-sir rabbani padahal dia masih dibelenggu oleh nafsu syahwatnya,masih belum betul2 bertaubat drpd segala kekeliruannya.

adapun sangat mustahil menghimpun dua perkara yang bertentangan dan berlawanan.


~kita dengan Sayyidi Rasulllah sollallahu'alaihi wasallam pun jauh gila,ngn Allah 'azza wa jal lagi la~ =(


Tuesday, April 05, 2011

kau nak berlagak dengan siapa??


(kau rasa jijik?hati kau lagi kotor dari tahi pun kau tak rasa jijik pulak)


kalau kau rasa kau ego,banyakkan menegur orang.bukan tunggu ditegur

kalau kau rasa kau ego,banyakkan memberi salam kpd org.bukan tunggu org bagi salam dkt kau.

kalau kau rasa kau ego,banyakkan buat kerja amal.

kalau kau rasa kau ego,pergi cuci longkang lumut+lendir,cuci lubang najis,

kalau kau rasa kau ego,pergi basuh najis adik

kalau kau rasa kau ego,banyakkan khidmat tenaga kat orh sekeliling kau

kalau kau rasa kau ego,cuba ambil hati kau,kau agak2 rasa apa?



p/s:kau tu sebenarnya bebalik kpd aku,saya tak tulis aku sebab ianya nampak pelik(sebab pelik ke sebab ego??)argh!!

Sunday, April 03, 2011

ya,aku tahu ianya susah


(barangkali gambar ini boleh aku jelaskan perasaan yg ingin aku kecapi kepada kelian)


Ada orang setelah mendapat sedikit anugerah lalu tersendat dengan anugerah itu sampai terhijab berpuluh tahun. Ada yang terhijab terus. Ada yang terhijab, kemudian terbuka kemudian terhijab lagi. Itu adalah lumrah. Ianya bergantung sejauh mana kita memerlukan Dia. Ada orang waktu susah sangat hampir dengan Tuhan, siang malam berdoa, bila Tuhan lepaskan kesusahan hati jadi jauh.




bilakah aku nak betul gila tenggelam dlm cinta kpd Allah dan Rasulullah solallahu'alaihiwasallam.Ini bukan cinta kat mulut.bukan cinta yg org ramai sibuk perkatakan.dalam cinta ini,kau akan mabuk.mabuk dlm cinta Sang Pencipta.kau tak pernah rasa kau jangan kata aku gila.biar aku gila mengejar ilmu rahsia hakikat makrifat Allah dan rasulnya.siapa tak rasa dia takkan tahu.walaupun ini suatu hakikat yg sukar dicapai.tapi,aku dambakan nya setiap saat.oh.

Sunday, March 20, 2011

The Reality






It cannot be seen through magic and tricks,
It is a balanced trader,yet it has taken my sanity away

Saturday, March 19, 2011

aku ingin mabuk

Sedar Dan Mabuk
Kesedaranmu dari KataKu
adalah sinambung
Dan mabukmu dari bahagianKu
menyilakan teguk minuman
Tak bosan-bosan peminumnya
Tak bosan-bosan peneguknya
Menyerah pada sudut piala
yang memabukkan jiwanya.
Orang-orang mabuk kepayang
memutari gelas piala
Sedang mabukku dari yang
Maha Pemutar Piala
Ada dua kemabukan bagiku
dan hanya dua penyesal hanya
satu
Yang diperuntukkan bagi
mereka
hanya untukku.
Dua mabuk kepayang
Mabuk cinta

Mabuk abadi
Ketika siuman
Segalanya bugar kembali.

Monday, January 31, 2011

mesir in anger

YA ALLAH,YA MUJIBUL QARIB,SELAMATKAN KAUM MUSLIMIN DR TENTERA TAGHUT LAKNATULLAH.SELAMATKAN IMAN SAUDARA2 KAMI.SELAMATKAN AHLI KELUARGA KAMI DISANA.SELAMATKAN SHBT2 KAMI DI SANA.YA ALLAH..HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL.LA HAUL WA LA QUWWAH ILLA BILLAH..AMIN YA RAB...