Tuesday, August 18, 2009

smap kajang time puasa

ramadhon bulan yang suci..yang suci!(back up voice)
rahmat melimpah dari ILahi,

banyakkan 'amal di bulan ini,
banyakkan 'amal di bulan ini,

rahmat melimpah dari Ilahi

di bulan ini turunnya Quran ,.
lailatulqodar harus dicari,

'amal semalam seribu bulan ,
jangan abaikan perintah tuhan.

romadhon bulan yang suci..yang suci!(back up voice)
rahmat melimpah dari Ilahi.......


nyanyian asal:ustaz wan noh bin wan hamat



gile bai tringat SMAP KAJANG

Saturday, August 15, 2009

puisi syahdu

puisi hati

Akan ku pintal buih-buih di persisiran
menjadi tali
mengikatmu

Akan ku anyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu

Akan ku tenun awan-gemawan
menjadi tudung
menudungi rambutmu

Akan ku jahit bayu gunung,
menjadi persalinan
pakaian malammu

Akan ku petik bintang timur
menjadi keronsang
menyinari dadamu

Akan ku jolok bulan gerhana
menjadi lampu
penyuluh rindu

Tetapi,

Sewaktu mentari berangkat turun
cahaya remang memanjat kaca jendela kamarku
tompok2 hitam yang ditinggalkan
mengusik tidur dan mematikan mimpi baik

Tak ada keberanian lagi buat berkata-kata
tentang masakini dan masa datang yang sentosa
kerana,kata-kata juga tidak pernah bertahan

Kata-kata dan persetiaan
semakin menjadi angin dan debu
bertebaran menurut gerak musim berlalu

Manakal gerak itu adalah,
detik yang datang dalam hati
dari keasyikan nafsu dan keangkuhan waktu
dan sering ku bermata terhadapnya.

Tuesday, August 04, 2009

puisi gila karya sendiri

ehem2..aku stat puisi ni k..

puisi gila di dinihari
bukan lagi baiduri mewangi,
gaharu mencelah siantan menuai,
wangi tiada harum pon hilang,
hanya kelapa menjadi peneman,
buat peneman si daun padi,
padi bukan sebarang padi,
bercucuk tanam lahir sendiri,
sendiri lahir bercucuk tanam,
lahir becucuk tanam sendiri,
jadi,siapa yang tanam?
kalau bukan petani jaya,
yang gigih mencari ubi,
ubi keledek dimakan kuda,
kerana lapar perut berdengung,
hidup segan mati tak mahu,
hamba bukan hendak mengarut,
ini kerana kurangnya syukur,
syukur kurang akhlak pon kurang,
kurangkan gula dalam minuman,
baru hidup sihat sejahtera,


karya asli,
na'im