Thursday, December 23, 2010

patutlah begitu

salam.kenapa kita sering rasa sibuk,x cukup masa nak mghafal,nk buat assignment,rasa masa sempit,padat,.baru aku sedar,ni semua ada kaitan tntg barakah masa.yg mana kita semua dah ma'ruf tntng wajibnya kita beriman thadap barakah.apabila hak ALLAH kita abai,x tunaikan hak ALLAH,lengah2 dlm mnunaiknnya,buat ala kadar,macammana nak dapat barakah masa?.jangan mimpi la.jangan berangan!.sahabt,you've to realize that TIME IS RELATIVE.that's ol.wallahua'lam.:-)

Thursday, September 02, 2010

Sembelihlah nafsumu,ia adalah anjing hitam yg liar







Lawanlah kehendak nafsumu sekuat2nya,kerana itu punca kamu menjadi hina lagi dina.Al-Darani menyifatkan perbuatan termulia ialah yg bertentangan dgn nafsu.Begitu juga Abu Bakar al-Tamastani yang menyifatkan nikmat terbesar ialah keluar drpd genggaman nafsu.Ahmad al-Jariri menegaskan,org yg dikalahkan nafsu akan menjadi tawanannya dan terbelenggu dlm penjaranya.

Dalam konsep yg sama,Bandar al-Syairazi menyeru agar kita semua meninggalkan bisikan nafsu dan meneruskan usaha mencapai cita-cita.Sambil menyifatkan hawa nafsu sebagai kendali syaiton,Abu Ali bin al-Katib menyeru kita jgn menjadi budak kpd nafsu.BahkanAbdullah al-Murta'isi menjadikan org yg mampu mengekang hawa nafsu sebgi org yg lebih baikdrpd org yg berjalan di atas air.

Nafsu itu ammarah,sentiasa membisikkan kotoran-kotoran dlm hati kita.Nafsu itu bagaikan anjing yg liar,ia selalu mencederakan kita,jika kita tidak menambatnya.Nafsu itu najis,ia berbau busuk tidak terhingga.Nafsu itu penyakit,kita boleh mati disebabkannya.Org yg mati hati bgikan org yg tidak bernyawa.

"Menuruti nafsu dan panjang angan2",itulah perkara yg paling ditakuti Nabi S.A.WDalam masa yg lain Nabi saw memaklumkan tentang 3 perkara yg memusnahkan amal,antaranya mentaati nafsu.Apabilaseorg guru ditanya tentang nafsu,beliau menjawab,"Sembelihlah nafsu dgn pedang".Abul Abbas al-Baghdadi meriwayatkan drpd datuknya,"Penyakit seorg hamba ialah redha dgn nafsunya".

Nafsu tidak boleh dibuang tapi harus dikawal.


petikan buku khadra' ad-diman.

Saturday, August 28, 2010

Apa yang perlu diketahui dan diingati oleh seorang huffaz?

1. Al-Quran yang dihafaz adalah amanah. Anda sendiri yang 'mencari pasal' untuk mengambil amanah tersebut. Bagaimanapun, anda 'mencari pasal' yang baik. Jadi janganlah suatu masa nanti anda bukan sahaja melupakan hafazan anda , bahkan tidak mahu mengaku anda seorang huffaz!

2. Bila anda faham bahawa anda yang 'mencari pasal' , jadi anda kena SMI ( Sendiri Mau Ingat ) tentang hafazan anda.

Bila malas iadah, beri alasan 'tak masyi'. Macam mana nak masyi kalau malas iadah? Sama juga dengan macam mana nak kenyang kalau tak telan nasi. Mengejar perkara lain tidak salah apatah lagi soal yang lebih utama, tetapi hafazan Al-Quran telah anda kendong terlebih dahulu. Jadi berilah perhatian sewajarnya.

3. Dalam proses anda hafaz Al-Quran, anda akan diuji.

4. Anda akan semakin diuji..

5. Anda akan terus diuji..

6. Dan anda akan semakin kuat diuji..aku sudah mula merasa ujiannya.

7. Ujian yang datang kepada anda ada tahapnya. Syaitan yang berdiri di hadapan anda diibaratkan berpangkat Jeneral , bukan prebet. Semakin anda lawan , semakin anda rajin , semakin anda masyi, semakin anda istiqamah, Maka semakin tinggilah bintang di bahu Syaitan yang dihantar kepada anda.

8. Anda akan rebah. Ada ketikanya anda akan diuji teruk . Samada kematian , masalah hati , akhawat, duit ataupun pangkat dan kedudukan. Anda mungkin tumpas dengan salah satu , yang boleh memberi kesan besar kepada tahap motivasi dan tekad anda untuk meneruskan hafazan.

9. Kalau anda jatuh, anda rebah , jangan menangis. Jangan 'laknat' diri anda kerana anda rebah. Adakala memang anda perlu rebah supaya anda tahu apakah itu 'sakit'. Jangan sedih andai tika anda 'rebah' tiada yang membantu, apatah lagi 'merawat'. Anda kan punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran . Hayatilah dengan lantunan suara anda sendiri. Bagi ana, itulah teman yang paling setia..

10. Anda bukan penghafaz Al-Quran sejati kalau anda tidak pernah menangis kerana Al-Quran ( hafazan ) anda.


11. Anda perlu ingat formula ini sampai bila2. Ingat dan faham betul2. Dalam menghafaz Al-Quran anda cuma ada dua keadaan yang diberikan oleh Allah. Diulangi : diberikan oleh Allah. Pertama anda berada dalam keadaan senang hafaz dan mudah ingat. Kedua , anda berada dalam keadaan sebaliknya iaitu susah hafaz dan sukar ingat.

Apa yang perlu anda faham dan tanam dalam hati? Ini penting. Fahami bahawa sebenarnya kedua2nya adalah UJIAN. Orang yang senang hafaz mudah ingat , Allah nak tengok adakah dia akan bersyukur dan melazimi Al Quran . Manakala yang susah ingat Allah nak tengok samada dia benar2 ikhlas, akan terus berusaha dan istiqamah atau tidak. Atau mungkin berputus asa. Kalau yang mudah ingat pula, mungkin akan banyak lepak, banyak borak.

12. Justeru, JANGAN menangis dan menyalahkan diri anda andainya anda tidak ingat Al-Quran. TETAPI sila menangis dan salahkan diri anda kiranya anda malas , tiada istiqamah dan tidak konsisten dengan hafazan anda . Pesan Allah ta'ala dalam surah Al-Qiyamah : " Sesungguhnya Kami lah yang menghimpunkan Al-Quran itu dalam dada2 manusia.."

13.Syaitan akan 'mendampingi' anda sentiasa. Nafsu akan mengikut anda ke mana2. Suatu ketika anda mungkin akan di'peras ugut' oleh keduanya. Iman seorang penghafaz Al-Quran juga adakala menaik dan merudum. Diibaratkan ; kalau baik , lebih baik dari Malaikat. Kalau jahat, lebih jahat dari Iblis. Itulah huffaz!

14. Terakhir, sentiasa ingat bahawa Al-Quran akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kemuliaan kepada kedua ibubapa kita pada hari Qiamah. TETAPI Al-Quran juga boleh menjadi hujjah ke atas kita pada masa tersebut. Inilah peringatan paling 'keras' buat semua para huffaz Al-Quran ataupun yg ada niat nk menghafal Quran ( terutama aku ).


" Allahummaj'alhu Hujjatal lana Wala Taj'alhu Hujjatan 'Alaina Ya Rabbal 'Alamin.."

:-)

Monday, August 23, 2010

bukan senang.

1hb sept. ni aku ada exam syafawi.
takut blur r time ustaz tebuk nnti.
-hafal quran adalah senang(susah sbenanya)
-nak maintain igt quran adalah bukan kerja senang(pecah kepala).seriyes!

tanggapan aku bhw "bila kita dah hafal,mesti kita ingat" adalah totally wrong.

hanya satu perkataan yg sudah maa'ruf di telinga huffaz quran ialah...MUJAHADAH!

ni cerita lain,baru2 ni aku ada baca pasal post ikhtilat ada shbt aku post kat fb.dan aku nk seru pada diri aku dan semua yg baca post ni.ikhtiilat bukan shj berlaku secara lansung.maksud aku,bukan shj secara live..tapi di alam maya,contoh..ym,fb,fs,segala2 yg kita semua dah ma'ruf.(terasa aku)

>dan ingatan kpd semua akhawat@muslimat kat luar.aku sgt merayu,tolong jaga bhgian upload gamba ni.dapat dosa free je.gamba tu sikit2 sudah la.gamba katun lagi bagus.aku lelaki dan ada ramai kawan laki.aku lebih tahu daripd kelian(muslimat).

ops.masa x cukup.aku kat lab IT ni.ok.

jaga amal.banyak istighfar.selawat. dan sembunyi amal

salam,.;-)

Tuesday, August 17, 2010

Sunday, June 27, 2010

Again n Again na'im




Aku yang munafiq
Dalam ikrar solatku, hidupku dan matiku hanya untukmu Tuhan
Namun aku sering beralasan dalam menunaikan tuntutan dan kewajipan

Aku yang munafiq
Kerna sering melambatkan ibadah sembahyang
Namun cukup punctual bila nak pi tengok bola,wayang,lepak minum

Aku yang munafiq
Mengaku beriman akan taat pada suruhan
Namun nafsu dan bisikan syaitan yang aku turutkan

Aku yang munafiq
Sanggup berbelanja untuk bergaya dan bermegah
Namun sukar untuk bersedekah dan beramal jariah

Aku yang munafiq
Yakin pada ALLAH yang ESA
Namun tv, hiburan yang aku sembah setiap waktu

Aku yang munafiq
Yakin dan percaya pada azab balasanNYA
Namun aku masih alpa untuk bertaubat padaNYA

Aku yang munafiq
Punyai ilmu dan tahu segala hukumNYA
Namun tetap engkar, lakukan laranganNYA

Aku yang munafiq
Masih tidak puas melakukan dosa
Walau tak terhitung nikmat anugerahNYA

Aku yang munafiq
Masih menafikan diri yang berdosa
menganggap dosa hanyalah ibarat lalat yg singgah di hidung,
Hanya menilai dan melihat keburukan orang sahaja
Walau tuhan sudah kurniakan dua mata, tapi masih buta

Adakah aku munafiq ?
Sedar tak sedar aku tergolong ke dalamnya
Oleh itu….sedar-sedarlah wahai diri yang pasti binasa
hancur dimakan ulat2...
ALLAH...

WALLAHUA'LAM

Sunday, April 11, 2010

sudah lama..

salam

such a long time i had never practices 'tarannum'..
i feeling that my voice dah worse oh...
bloody rusting n lot of fungus..
whahoho..

but,im quite happy here..
coz i got a good buddy..
from my view,
until now.
he nver miss reading quran..
not like me..
always ajak me to go to surau.
perfom solat by jemaah at night..
as during the days we have sumthing to do..
he's very guud dude..!
treat his friends in a such polite way..

may Allah give him lots of prosperity.

As we're in a working atmosphere..
its such very different like err the student life..
simply i can say that,..
lack of "huha huha" like student life's must...
very nice duhh..
but quite bored for me..
huhu

one more guds that i get now is..
we never meet gurls here..
during workplace.
have some only la..in the office only..
nah!!...

sampai situ shj.

ini pperkongsian aku pada hari ni.

Orang yang lebih berhak utk jadi imam dlm solat jenazah

>Ulama' hanafiah dan Malaikiah=diutamakan pemimpin negeri apabila dia hadir atau wakilnya menurut ulama hanafiah atau wali pemimpin di wilayah tersebut

>ulama syafi'eyah dan hanabilah>yg lebih berhak ialah ayahnya ke atas (datuk,buyut dan seterusya)terlebih dahulukemudian anak dan terus ke bawah(cucu ,cicit dan seterusnya, kemudian saudaranya

dalam perkara ini ulama' malikiah sepakat tentang urutan tersebut tetapi setelah tiada imam dari pemimpinnegeri atau wakilnya

>apabila si mati telah bg wasiat kpd seseorg agar menjadi imam yg pertama ketka dia meninggal,maka dialah org yg lebih utama,termasuk juga imam masjid yg selalu menjadi imamnya semasa dia hidup

Wallahua'lam.

=)

Friday, April 02, 2010

Ada 'akal fikir.










salam...

setelah penat bekerja.
xpenat pon sebenanye..
dok standby je..
aku pon terus capai helmet xde visor kawan aku punya..
pastu stat moto..
aritu aku rs x sedap ati pulak..knapa entah..
x pa,aku pon cam biasa ..baca doa..bismillah..
a'uzubikalimaatillaahittammatiminsyarrimashona't...

masuk gear satu..gear 2..3..4..
time tu baru lepas hujan..tgh gerimis je...
mmg purata aku bawak moto kat sini agak laju..
sbb takut jem kat checkpoint Tuas..

kat satu junction,aku kluar dgn laju d belakang sbuah lori..
mulut aku masih trkumat kamit mmbaca doa..(sbb x sedap hati)
xsemena2..lori tu brek..
atok die...isy..moto aku..
brek blakang x de..brek depan je..
tayar moto aku jadi licin disebabkan hujan...xpa..aku lepas brek..lepas..brek balik..tp
x sempat bro...
apa laga...tersembam la aku..
nk elak lori kontainer punya pasal...
lori tu terus bergerak..
tanpa menghiraukan aku yg terkapai2 d tpi jalan..
tp sbenanye aku smpat lompat dr moto tu..jd moto je la tersembam d bahu jalan...
aku ada la luka sikit..
seb bek x de org...
x de sgan sgt..


lpas tu aku angkat moto...
moto x leh stat...tmpat letk kaki bengkok truk mnyusahkan aku nk masuk clutch..
box moto patah...
hmm..
aku lap2 lumpur kat overall baru ni..
lutut koyak...
aku pon duduk kjap kat tepi jln..
tenangkan jiwa...
dok terfikir...
hmmm...
"ai..baca doa pun accident gak???.."
termenung kjap aku kat bahu jln tu...
pastu tetibe datang cetusan murni kat fikiran aku..
"der..lu..kalau x baca doa lagi teruk gua rasa"...
Alhamdulillah..tercetus tetibe kat bibir aku...

balik la aku lpas tu....
seb bek clutch moto tu elok time nk balik..
nak masuk gear 1 baca basmallah..nk masuk gear lagi baca lagi...dlm hati aku time tu..

"Ya Allah,kalau ENGKAU x tolong aku time ni ..sape lg nk tolong..tolong la Ya Allah..dah la hambaMU ini kat negera orang..x biasa lg..Ya Allah...ENGAKU saje la yg aku harap..haduuu..."...

haaa..amek kao ..baru terkapai meminta bantuan Allah...
esok x pegi keje..
buat excuse/...
huhu..

nak crita...
>ada 'akal fikir..
>sntiasa berbaik sangka trhadap Allah...
>Allah maha Penyayang...salah satu cara DIA nk hapuskan dosa kita ialah dgn bg musibah...layan je musibah tu...
>ko sentiasa percaya dan yakin dan berharap dgn bantuan Allah..
>sntiasa kontrol cool walaupon apa yg blaku...
>yakin Allah mndengar sgala permohonan ko...tapi kalo kite banyak buat maksiat akan hilang sifat kebergantungan terhadap Allah tu..



aku nk kongsi sesuatu hari ni..
"banyak usha pompuan bukan mahram akan menghilangkan kemanisan ber'ibadah"
x pcaya..ko try ah...


Wallahua'lam..
=)

Sunday, March 28, 2010

Dosa lagi besar dr berzinallazi

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menagkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata,“Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik.

“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, “Saya… telah berzina. “

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun… lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… tewas,” ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,

“Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!”… teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya.

Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

“Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya."

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

” Ada !” jawab Jibril dengan tegas.

“Dosa apakah itu?” tanya Musa kian penasaran.

” Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina” .

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. (Dirujuk daripada buku 30 kisah teladan – KH Abdurrahman Arroisy

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan :

Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah.

Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.

Wallahualam…

Friday, March 12, 2010

kerut dahiku..




assalamu'alaikum

kenapa kita mesti bersikap begitu.

Allah kurnia nikmat.

maksiat dijadikan nikmat.

Allah lepaskan kita dr satu kerumitan.

Kite mlupakan Allah.


jadi,

ini satu lg perkara,('jadi' kat atas tu cam x masuk je)

kenapa kita muhasabah sedangkan tidak mngambil langkah mmperbaiki.

peliklah.

bila ditanya soal perjuangan,

berkobar2 jawapan.

targetnye tinggi menggunung,

tapi,setinggi manakah akhlak dan ilmu kita yg bergerak seirngan dengan matlamat kita itu.

aku tau,dalam kekalutan dunia sekarang,

aku akui,bukan senang untuk berjalan diatas syari'atullah

bukan mudah nak menelusuri sunnatullah

aku akur,jalannya sangat berliku,

kacau bilau,hura hara,hiruk pikuk dengan segala gejala2 maksiat,mungkar..

ohh....

tapi cukupkah sekadar mengerutkan dahi???

dah lah..

nnt bagi suggestion kat aku ape yg nk dibuat k....

wallahua'lam...


"...TIME SUSAH,CARI ALLAH JUGAK..."
(renungkan bersama)

Saturday, February 27, 2010

TANDA-TANDA KEMATANGAN

Assalamualaikum


1.Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

2.Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

3.Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

4.Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

5.Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

6.Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

7.Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.



Tanda-tanda kematangan
www.iluvislam.com
dihantar oleh : Ukhti Izzah
editor : everjihad


wallahua'lam.

=)

Wednesday, February 24, 2010

Sexual Harrasment(btul ke x ejaan uh?)




assalamualaikum..

=)

>stiap hari aku kne "sexual harrasment" kat kolej aku...tensen la..

>korg faham x aku yg aku maksudkan??

>macam ni,

>disebabkan pakaian siswi2 kolej yg agak dan terlalu biadap dari segi syariat itu,aku sangat terganggu!

>oleh kerana itu,aku amat rindukan suasana di SMAPKAJANG..dgn muslimat2nya..fuh..
ada ciri2 solehah.(kpd bdak2 muslimat smapk,jgn perasa sgt)

>hmm,ada beberapa inisiatif yg telah aku ambil..tp xperlu btau korg kot.

>tolonglah wahai kaum wanita kolej aku,aku sangat terganggu dgn suasana sebegini!

>salah satu sebabnya..aku ni nk blaja..ilmu itu cahaya..manakala dosa itu hijab
kpd cahaya.mcmmana nk berkat ilmu??..

>korg dok tayang kat org tu,korg mmg lagi banyak dosa!aku ingt satu maksud hadis..

"sesiapa yg mempelopori sesuatu kejahatan,setiap org lain yg buat dosa tersebut dsebabkan kan dia,dia akan dpt semua dosa org2 lain tanpa dikurgkan sedikitpon!"

>aku sedih.......

>ok2..tu je..

Wallahua'lam.

p/s:

1.belakangan ini,aku merasa agak gembira kerana ada geng yg sejiwa ngn aku.alhamdulillah.

2.smoga ALLAH kekalkan kita dijalanNYA

Monday, February 15, 2010

sapa brani kacau???






salam..

korg ape khabar?.

saya disini khabar baek..

shari dua ni..aku kekurangan makanan rohani...

so jiwa pon terjejas.

korang camna blaja??ok??

aku ok je..

dah..

x bes lansung post aku kali ni...

tapi hanya satu benda aku point hari....

MULAKANLAH SEGALA PERKARA DENGAN BASMALLAH..

ADA KEBERKATANNYA.KORG TRY DULU..BARU NAMPAK KESANNYA..KESANNYA TU KO SORG JE BOLEH
RASA..

ok,cau.

eh,sblum tu..tentang tajuk post kali ni..SAPA BRANI KACAU??..sbb..aku ade denga cite ade org kacau dia..so,aku pon nk ckp sket la..x payah kacau..tu je...

k,...

wallahua'lam....

=)

Sunday, January 24, 2010

Aku dan cinta...(kisah aku)





assalamualaikum..

..Oooooo..klau aku post psl cinta cepat je korg nk baca..xde nye aku nk cerita pasal cinta aku ke hapa ke...hahahaha...kan dah terkena..hahahhaha..klaka do..korg terkena..hhaha..hadu ...hape la korg neh...haha..wakenabeb!

ok..stat serius..

>hendak beramal soleh senang,tapi hendak istiqamah terhadap amal soleh yg dibuat memerlukan kekuatan jiwa yg sunggoh mengagumkan.

>Lalai drpada mengingati ALLAH sungguh merbahaya.kan2?..

>baju aku pon x basuh lagi neh..haish..malas dol..kdai dobi kat sini pon x de yg delivery..dobi daud..gua rindu la sama lu...

>5hb feb ni..aku pegi KPMindera mahkota,pahang..ade tournament nadwah islamiah..tournament ke??..haha..lantakla...(tringt nadwah smap)

>last,soalan cepu emas..ape yg korg paham tentang 'tsiqoh'???..sape yg bace blog aku ni lau rajin taruk la sekomen dua..x pon kat cbox pon jadi la...




p/s:kat kolej aku x de usrah lagi.skang baru aku terasa sgt perlukan kekuatan jemaah untuk bergerak..slow n steady bro..wink2*..


(ISTIQOMAH DALAM BERAMAL)
*untuk aku je..klu korg nk pakai gak..amekla..hahaha...boleh main amek2 lak


wallahua'lam..
=)

Tuesday, January 12, 2010

cam gud2 je

Bismillahirrohmaanirrohiiiiiiiim...
assalamualaikum..

gua baru masuk kolej..kt johor..amek kos DLM..skati wa la nk btau.blog wa.lu x nak lu chow..ok,continue.part yg gua suke kt kolej ni ialah surau..terbaek wa ckp luu mat..die punya echo..pergh nice duh...tapi en..gua terrasa agak hampa..bila gua survey muslimat kt sini..yg setakat gua nampak..ada 2 org je muslimat pakai tudung labuh..ermm..tiga la kalu termasuk ngn ustazah sini...jumlah pelajar sini 500...adusss...gua bukannye gatal..tapi sje nk btau..ek eleh cam gud2 je aku..ok bro..wa syg u ol..rambut wa pon da botak dah ni..sbb nk masuk kolej..wa pduli ape...lu jgn igt lu bagos sgt...ek eleh...

ok,sedikkit cetusan gua nk nk kongsi...kadang kala,ALLAH akan kata tidak untuk permintaan kita...ALLAH MAHA MENGEtAHUi...walaupon lu x nak yg tu,x pon x penah terdetik kt hati lu nak yg tu..ALLAH bg gak kat lu..lu jgn cepat merengek...ujian mat..sahabat nabi dulu pon,err..saidina umar kalo wa x silap..die akan merasa sedih kalu seminggu yg dilalui x diuji..dia kata..ya ALLAH adakah kau lupa pada ku....sampai centu skali..yg kite ni...doa mintak supaya x diuji....lu kne pikir sama kalu lu x diuji tu adakah tu bala' dr ALLAH...sama2 pk la bro..

ok ah...lu dok baca blog wa ni..lu da baca quran lom hari ni??...hahhhaaa...x d e r weh..wa bseloroh je..wa pon mis gak,,x istiqamah...n satu pekara wa nk lu renung dlm2 lepas u baca..

ikhlas adalah pekara yg paling tough untuk dilaksanakan..kekadang wa terpikir gak..wa punya solat ntah brapa keping ntah yg diterima ALLAH..time smayang ala kdar tu,,,hadusss..gua x penah khusyuk smayang..lu x pe lu tsiqoh..tapi kita kne berbaek sangka la kt ALLAH...

bereh la be..gua nk tido nih...dah pukul 2.42 pg nih...
kg mis suboh kg..

last kopek,KALO KO MATI LEPAS KO BACA POST WA NI,SYURGA ABADI KE NERAKA JAHANNAM JADI TEMPAT KO NANTI??

Wallahua'lam



p/s:post kali ni menggunakan kata ganti nama 'wa' 'gua' 'lu'...harap kamu tidak merasa terancam dan kurg senang..