Wednesday, April 20, 2011

The Bottomline

setelah beberapa minggu tertangguh,akhirnya dpat jua aku peluang untuk ke pondok tahfiz di rantau panjang yg di jangka selama sbulan mulai hari ni.

dapat jua aku beruzlah kat situ.boleh aku ngulang sepuas puasnya hati.haa!

syeh2 kat situ power2 dan garang.tak sabar nak kena penampar+penyebat ngn diorg.
bersakit2 dahulu,bermasyi2 kemudian.

Dalam kesempatan ini,aku nak berkongsi satu cerita buat sahabt2 medik diluar sana.smalam syeh tu ada cerita,beliau kata ada sorg plajar medic kat mesir rajin gila pergi cari ilmu,pergi talaqqi ambik sanad pelbagai qiraat,belajar ilmu quran dgn gigih,sampai matan2 qiraat suma dia hafal matan tajwid cair..balik2 melaysia jadi rujukan budak maahad qiraat shoubra,yg memg dlm takhassus quran,kalah budak shoubra.aku harap korg pun macam tu.boleh aku belajar ngn korg nanti.nak katanya takda alasan untuk korg berfoya2 disana.(dia kata)(err,padan muka kalau terasa..kuan3)

kebanyakan pelajar lepasan shoubra banyak baca quran salah banyak lagi.syeikh tu kata,kena sambung kat tanta pulak.masa yg diambil untuk jadi syeikh qurra' yg dianggarkan kat sana ada la lebih kurg 12 tahun!!

mengeluh aku dengar.12 tahun bukap sekejap.contoh habis kuala kubu,umur 22,22+12=34 tahun umur aku!

tu baru kat mesir,nak sambung yaman lagi,syiria lagi,mekah lagi,pakistan lagi.india lagi,madinah lagi,jordan lagi.(hebat tak angan2 mat jenin aku)

apa2pun buat satu2.katanya ayah aku.

p/s:zaimu,jangan sedih sebb lepas tiada update dari aku doh,mu doa ke aku deh.kuan3.kalu ada masa aku update ikuk hensek.


(sungguh,aku rindu akan bumi ini)

Tuesday, April 19, 2011

tekad.

InshaAllah,habis sahaja pengajianku di kuala kubu bharu ni,memang aku tekad untuk ke Yaman takpun Syiria.


biarlah org kata kerajaan Malaysia tak iktiraf pun keluaran dari sana.yang bagi rezki Allah,bukan kerajaan Malaysia.(bukan bermakna aku meninggalkan dunia)

aku perlukan guru2 alim ulama2 arif billah yg mursyid dan murabbi utk bimbing jiwa aku yg penuh zulmat ni.ulama2 syariat sahaja belum mencukupi walaupun mereka amatlah penting.

Ya Allah,hanya kau yg mengetahui hati yg kotor ini.


~perjalanan maseh jauh. . .



(hati aku sering menerawang ke sana)

Tuesday, April 12, 2011

rational la sikit


Ooo..perjuangan islam ye,subuh pun org kejut(sekadar muhasabah)


Kalaupun berang,menyampah dgn politik lucah/fitnah yg dimainkan oleh UMNO/BN, kita tak perlu guna taktik sama.. DNA (Dato najib altantuya) yg dimainkan oleh PKR juga merupakan politik sial/qadzaf..tu pun tiada bukti yg kukuh kan?.

kalau yg umno buat baik,baik la.bukan apa,aku dengar ustaz Pas baru2 ni ceramah di masjid.

"alah, yg terengganu buat program ulul albab tu budak2nya hafal 5 juzu' je.."

ops2,common ustaz.

sekurg2 mereka hafal quran.tu pun nak kritik ke.lansung tak rasional.

bab niat,kita boleh tau ke diorg buat program tu sbb nak raih undi?common guys,hebat betul boleh tau hati org.rosak hati.dosa kering je dapat snagka buruk kat org.

tak2.saya tulis ni bukan bermaksud saya menyokong perjuangan UMNO dan skutunya.TIDAK sama sekali.

cuma ,kita nak menentang tak payah la guna taktik kotor sepertimana mereka guna.itu shj.kalau tak,apa bezanya kita dgn mereka???

*Ya ALLAH,peliharalah drpd dosa qadzaf,karena ia termasuk as-sab'a al-muubiqaat (7 dosa2 besar) yg dimurkai Tuhan.

Ini masalah apabila berpolitik mengikut nafsu,bukannya agama.

bisa dikritik secara ilmiah. =)

Sunday, April 10, 2011

Ya,itu semestinya.


(oo,dia kamu teringat,mati tak teringat pulak?)


dalam kebelakangan ni,

saya ada perasan,
yang shbt2 saya yg menghafal Al-Quran tak kira sikit ke banyak,
sering mngadu masalah,tak kiralah di dlm apa bentuk sekalipun,
macam2,padahal saya pun di dalam masalah yg sama,



khas buat,shbt2 yg hafal quran(yg tak hafal pun boleh je):


ok,saya kecilkan skop masalah shbt2 saya yang semuanya remaja.most of them mempunyai masalh yg sama,masalah hati suka akan seseorg itu sampai tak keruan.semua org tahu ia fitrah,tapi fitrah boleh jadi fitnah.adapun fitrah dan fitnah itu terbahagi di suatu garisan yg sangat halus.

ya,saya pun situasi yg sama.

well.biasalah tu.

cuma,kita kena bijak mengolah masalah itu.mengolah bukan membuang terus.faham tak?

kamu kena perasan jugak yg diri kamu(huffaz and hafizah) ni memang diganggu oleh syaitan yg bukan calang2,bukan sebarangan,kerana jalan yg kita ambil ialah jalan mendekatkan diri kpd Allah,menghafal kalam2 Kekasih kita.eh,igt syaitan suka ke kita mengulang quran 3 juz shari dan sebagainya(contoh).sudah pasti syaitan akan cuba untuk jauhkan kita dgn apa yg boleh mndekatkan diri kita pada Allah.

oleh itu,siapa2 je yg suka kat seseorg itu,hendaklah dia menyukakan Allah dgn mngambil syariat sbgi jalan.pandai2 lah.

so,pandai2lah.bukan memandai eh!dengan ilmu yg sahih.

ya,itu semestinya.


*huffaz ni kalau baik,baik betul,kalau jahat,lagi jahat dari iblis!iblis!iblis!(aku ulang supaya lekat dlm kepala)

**artikel ini sudah di edit untuk keselamatan

Friday, April 08, 2011

memang pun

saya memg tidak suka kepada golongan yg :

-sering mengkrititik Asha’irah bahkan sehingga mengkafirkan Asha’irah

-Menyamakan Ashai’rah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mua’ththilah dalam perkara mutashabihat

-Menolak dan menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek

-Berselindung di sebalik mazhab Salaf.

-Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah SAW boleh membawa kepada syirik.

-Menolak bahkan membida'ahkan tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta solihin

-Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang syirik

-Memandang remeh karamah para awliya’

-Menyatakan bahawa ibu bapa dan datuk Rasulullah SAW tidak terselamat dari azab api neraka.

-Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka

-Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)

-Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)

-Sering memperlekehkan ulama2 besar,ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.

-Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram

-Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah

-suka membangkitkan soal khilafiah.

-Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah

-Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar

-Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani

-Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat

-Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat

-Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah

-Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka



ini adalah antaranya.biarlah,aku nak jelaskan pendirian aku.biarlah jelas pendirianku.

Thursday, April 07, 2011

pelik tapi,..


(cuba kau selami gambar ni,mesti kau akan rasa sesuatu)




bagaimana seseorg akan mengembara menuju kepada Allah,masuk ke hadrat Allah,mengetahui sir-sir rabbani padahal dia masih dibelenggu oleh nafsu syahwatnya,masih belum betul2 bertaubat drpd segala kekeliruannya.

adapun sangat mustahil menghimpun dua perkara yang bertentangan dan berlawanan.


~kita dengan Sayyidi Rasulllah sollallahu'alaihi wasallam pun jauh gila,ngn Allah 'azza wa jal lagi la~ =(


Tuesday, April 05, 2011

kau nak berlagak dengan siapa??


(kau rasa jijik?hati kau lagi kotor dari tahi pun kau tak rasa jijik pulak)


kalau kau rasa kau ego,banyakkan menegur orang.bukan tunggu ditegur

kalau kau rasa kau ego,banyakkan memberi salam kpd org.bukan tunggu org bagi salam dkt kau.

kalau kau rasa kau ego,banyakkan buat kerja amal.

kalau kau rasa kau ego,pergi cuci longkang lumut+lendir,cuci lubang najis,

kalau kau rasa kau ego,pergi basuh najis adik

kalau kau rasa kau ego,banyakkan khidmat tenaga kat orh sekeliling kau

kalau kau rasa kau ego,cuba ambil hati kau,kau agak2 rasa apa?



p/s:kau tu sebenarnya bebalik kpd aku,saya tak tulis aku sebab ianya nampak pelik(sebab pelik ke sebab ego??)argh!!

Sunday, April 03, 2011

ya,aku tahu ianya susah


(barangkali gambar ini boleh aku jelaskan perasaan yg ingin aku kecapi kepada kelian)


Ada orang setelah mendapat sedikit anugerah lalu tersendat dengan anugerah itu sampai terhijab berpuluh tahun. Ada yang terhijab terus. Ada yang terhijab, kemudian terbuka kemudian terhijab lagi. Itu adalah lumrah. Ianya bergantung sejauh mana kita memerlukan Dia. Ada orang waktu susah sangat hampir dengan Tuhan, siang malam berdoa, bila Tuhan lepaskan kesusahan hati jadi jauh.




bilakah aku nak betul gila tenggelam dlm cinta kpd Allah dan Rasulullah solallahu'alaihiwasallam.Ini bukan cinta kat mulut.bukan cinta yg org ramai sibuk perkatakan.dalam cinta ini,kau akan mabuk.mabuk dlm cinta Sang Pencipta.kau tak pernah rasa kau jangan kata aku gila.biar aku gila mengejar ilmu rahsia hakikat makrifat Allah dan rasulnya.siapa tak rasa dia takkan tahu.walaupun ini suatu hakikat yg sukar dicapai.tapi,aku dambakan nya setiap saat.oh.