Saturday, March 19, 2011

aku ingin mabuk

Sedar Dan Mabuk
Kesedaranmu dari KataKu
adalah sinambung
Dan mabukmu dari bahagianKu
menyilakan teguk minuman
Tak bosan-bosan peminumnya
Tak bosan-bosan peneguknya
Menyerah pada sudut piala
yang memabukkan jiwanya.
Orang-orang mabuk kepayang
memutari gelas piala
Sedang mabukku dari yang
Maha Pemutar Piala
Ada dua kemabukan bagiku
dan hanya dua penyesal hanya
satu
Yang diperuntukkan bagi
mereka
hanya untukku.
Dua mabuk kepayang
Mabuk cinta

Mabuk abadi
Ketika siuman
Segalanya bugar kembali.

Monday, January 31, 2011

mesir in anger

YA ALLAH,YA MUJIBUL QARIB,SELAMATKAN KAUM MUSLIMIN DR TENTERA TAGHUT LAKNATULLAH.SELAMATKAN IMAN SAUDARA2 KAMI.SELAMATKAN AHLI KELUARGA KAMI DISANA.SELAMATKAN SHBT2 KAMI DI SANA.YA ALLAH..HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL.LA HAUL WA LA QUWWAH ILLA BILLAH..AMIN YA RAB...

Thursday, December 23, 2010

patutlah begitu

salam.kenapa kita sering rasa sibuk,x cukup masa nak mghafal,nk buat assignment,rasa masa sempit,padat,.baru aku sedar,ni semua ada kaitan tntg barakah masa.yg mana kita semua dah ma'ruf tntng wajibnya kita beriman thadap barakah.apabila hak ALLAH kita abai,x tunaikan hak ALLAH,lengah2 dlm mnunaiknnya,buat ala kadar,macammana nak dapat barakah masa?.jangan mimpi la.jangan berangan!.sahabt,you've to realize that TIME IS RELATIVE.that's ol.wallahua'lam.:-)

Thursday, September 02, 2010

Sembelihlah nafsumu,ia adalah anjing hitam yg liar







Lawanlah kehendak nafsumu sekuat2nya,kerana itu punca kamu menjadi hina lagi dina.Al-Darani menyifatkan perbuatan termulia ialah yg bertentangan dgn nafsu.Begitu juga Abu Bakar al-Tamastani yang menyifatkan nikmat terbesar ialah keluar drpd genggaman nafsu.Ahmad al-Jariri menegaskan,org yg dikalahkan nafsu akan menjadi tawanannya dan terbelenggu dlm penjaranya.

Dalam konsep yg sama,Bandar al-Syairazi menyeru agar kita semua meninggalkan bisikan nafsu dan meneruskan usaha mencapai cita-cita.Sambil menyifatkan hawa nafsu sebagai kendali syaiton,Abu Ali bin al-Katib menyeru kita jgn menjadi budak kpd nafsu.BahkanAbdullah al-Murta'isi menjadikan org yg mampu mengekang hawa nafsu sebgi org yg lebih baikdrpd org yg berjalan di atas air.

Nafsu itu ammarah,sentiasa membisikkan kotoran-kotoran dlm hati kita.Nafsu itu bagaikan anjing yg liar,ia selalu mencederakan kita,jika kita tidak menambatnya.Nafsu itu najis,ia berbau busuk tidak terhingga.Nafsu itu penyakit,kita boleh mati disebabkannya.Org yg mati hati bgikan org yg tidak bernyawa.

"Menuruti nafsu dan panjang angan2",itulah perkara yg paling ditakuti Nabi S.A.WDalam masa yg lain Nabi saw memaklumkan tentang 3 perkara yg memusnahkan amal,antaranya mentaati nafsu.Apabilaseorg guru ditanya tentang nafsu,beliau menjawab,"Sembelihlah nafsu dgn pedang".Abul Abbas al-Baghdadi meriwayatkan drpd datuknya,"Penyakit seorg hamba ialah redha dgn nafsunya".

Nafsu tidak boleh dibuang tapi harus dikawal.


petikan buku khadra' ad-diman.

Saturday, August 28, 2010

Apa yang perlu diketahui dan diingati oleh seorang huffaz?

1. Al-Quran yang dihafaz adalah amanah. Anda sendiri yang 'mencari pasal' untuk mengambil amanah tersebut. Bagaimanapun, anda 'mencari pasal' yang baik. Jadi janganlah suatu masa nanti anda bukan sahaja melupakan hafazan anda , bahkan tidak mahu mengaku anda seorang huffaz!

2. Bila anda faham bahawa anda yang 'mencari pasal' , jadi anda kena SMI ( Sendiri Mau Ingat ) tentang hafazan anda.

Bila malas iadah, beri alasan 'tak masyi'. Macam mana nak masyi kalau malas iadah? Sama juga dengan macam mana nak kenyang kalau tak telan nasi. Mengejar perkara lain tidak salah apatah lagi soal yang lebih utama, tetapi hafazan Al-Quran telah anda kendong terlebih dahulu. Jadi berilah perhatian sewajarnya.

3. Dalam proses anda hafaz Al-Quran, anda akan diuji.

4. Anda akan semakin diuji..

5. Anda akan terus diuji..

6. Dan anda akan semakin kuat diuji..aku sudah mula merasa ujiannya.

7. Ujian yang datang kepada anda ada tahapnya. Syaitan yang berdiri di hadapan anda diibaratkan berpangkat Jeneral , bukan prebet. Semakin anda lawan , semakin anda rajin , semakin anda masyi, semakin anda istiqamah, Maka semakin tinggilah bintang di bahu Syaitan yang dihantar kepada anda.

8. Anda akan rebah. Ada ketikanya anda akan diuji teruk . Samada kematian , masalah hati , akhawat, duit ataupun pangkat dan kedudukan. Anda mungkin tumpas dengan salah satu , yang boleh memberi kesan besar kepada tahap motivasi dan tekad anda untuk meneruskan hafazan.

9. Kalau anda jatuh, anda rebah , jangan menangis. Jangan 'laknat' diri anda kerana anda rebah. Adakala memang anda perlu rebah supaya anda tahu apakah itu 'sakit'. Jangan sedih andai tika anda 'rebah' tiada yang membantu, apatah lagi 'merawat'. Anda kan punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran . Hayatilah dengan lantunan suara anda sendiri. Bagi ana, itulah teman yang paling setia..

10. Anda bukan penghafaz Al-Quran sejati kalau anda tidak pernah menangis kerana Al-Quran ( hafazan ) anda.


11. Anda perlu ingat formula ini sampai bila2. Ingat dan faham betul2. Dalam menghafaz Al-Quran anda cuma ada dua keadaan yang diberikan oleh Allah. Diulangi : diberikan oleh Allah. Pertama anda berada dalam keadaan senang hafaz dan mudah ingat. Kedua , anda berada dalam keadaan sebaliknya iaitu susah hafaz dan sukar ingat.

Apa yang perlu anda faham dan tanam dalam hati? Ini penting. Fahami bahawa sebenarnya kedua2nya adalah UJIAN. Orang yang senang hafaz mudah ingat , Allah nak tengok adakah dia akan bersyukur dan melazimi Al Quran . Manakala yang susah ingat Allah nak tengok samada dia benar2 ikhlas, akan terus berusaha dan istiqamah atau tidak. Atau mungkin berputus asa. Kalau yang mudah ingat pula, mungkin akan banyak lepak, banyak borak.

12. Justeru, JANGAN menangis dan menyalahkan diri anda andainya anda tidak ingat Al-Quran. TETAPI sila menangis dan salahkan diri anda kiranya anda malas , tiada istiqamah dan tidak konsisten dengan hafazan anda . Pesan Allah ta'ala dalam surah Al-Qiyamah : " Sesungguhnya Kami lah yang menghimpunkan Al-Quran itu dalam dada2 manusia.."

13.Syaitan akan 'mendampingi' anda sentiasa. Nafsu akan mengikut anda ke mana2. Suatu ketika anda mungkin akan di'peras ugut' oleh keduanya. Iman seorang penghafaz Al-Quran juga adakala menaik dan merudum. Diibaratkan ; kalau baik , lebih baik dari Malaikat. Kalau jahat, lebih jahat dari Iblis. Itulah huffaz!

14. Terakhir, sentiasa ingat bahawa Al-Quran akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kemuliaan kepada kedua ibubapa kita pada hari Qiamah. TETAPI Al-Quran juga boleh menjadi hujjah ke atas kita pada masa tersebut. Inilah peringatan paling 'keras' buat semua para huffaz Al-Quran ataupun yg ada niat nk menghafal Quran ( terutama aku ).


" Allahummaj'alhu Hujjatal lana Wala Taj'alhu Hujjatan 'Alaina Ya Rabbal 'Alamin.."

:-)

Monday, August 23, 2010

bukan senang.

1hb sept. ni aku ada exam syafawi.
takut blur r time ustaz tebuk nnti.
-hafal quran adalah senang(susah sbenanya)
-nak maintain igt quran adalah bukan kerja senang(pecah kepala).seriyes!

tanggapan aku bhw "bila kita dah hafal,mesti kita ingat" adalah totally wrong.

hanya satu perkataan yg sudah maa'ruf di telinga huffaz quran ialah...MUJAHADAH!

ni cerita lain,baru2 ni aku ada baca pasal post ikhtilat ada shbt aku post kat fb.dan aku nk seru pada diri aku dan semua yg baca post ni.ikhtiilat bukan shj berlaku secara lansung.maksud aku,bukan shj secara live..tapi di alam maya,contoh..ym,fb,fs,segala2 yg kita semua dah ma'ruf.(terasa aku)

>dan ingatan kpd semua akhawat@muslimat kat luar.aku sgt merayu,tolong jaga bhgian upload gamba ni.dapat dosa free je.gamba tu sikit2 sudah la.gamba katun lagi bagus.aku lelaki dan ada ramai kawan laki.aku lebih tahu daripd kelian(muslimat).

ops.masa x cukup.aku kat lab IT ni.ok.

jaga amal.banyak istighfar.selawat. dan sembunyi amal

salam,.;-)

Tuesday, August 17, 2010