Monday, July 27, 2009

penggolongan ahli ibadat yang tertipu



Bismillahirrohmaanirrohiim..
assalamu'alaikumwarahmatullah..

moga2 kita sume memperoleh kebaikan drpd ALLAH

sudah sekian lame menyembunyikan diri..
kini daku kembali dgn harapan n semangat baru!!.huh!(tgn
digenggam sambil memandang kearah langit)..


ok,aku terus ke tajuk kite hari ni.
(Penggolongan Ahli Ibadat yang tertipu)
ade 10 golongan kesemuanya.mintak maap kalau membosankan.
sekadar tazkirah untuk aku sendiri sbagai salah satu persediaan untuk meninggalkan dunia yang fana..fana ya laila..apa yang penting tiada duka lara mu ya laila.,*lirik lagu yasin(aku sebat je ni)..





golongan 1
ada satu jenis golongan beribadah yang sangat memperdalam dan mempersukar sendiri amalannya,sehingga melampaui batas dan berlebih-lebihan.sebangai misal ialah orang yang terkena waswas(godaan syaithonirrajim!) semasa mengambil wudhu'.ia menyangat-nyagatkan amalannya seperti diwaktu berkumur sampai berulang-ulang kali,membersihkan kakinya smapai bedarah,menggosok keras2 kulit muka sehingga terkentu-kentut dan so on.










golongan2
ada jugak golongan manusia yang sangat terpengaruh dgn 'kewas-wasan'(ade ke pekataan ni?) ketika melakukan niat solat.insan ini pasti x ditinggalkan syaithonirrajim ni sehingga dia benar2 dia mantap dalam niatnya tadi,yang dikiranya niat itulah diterima ALLAH .sampaikan dia mengubah2 bunyi takbir kerana sangat berhati-hati,menurut perkiraan dia sendiri(sukahati dia).Mereka sebegini terkena waswas pada mula2 nak solat lagi,yang lebih parah lagi,lepas dr niat itu hati mereka tidak pernah hadir pon dalam solat,lalai dan fikirannya sibuk memikirkan perkara yang sia-sia.Yang anehnya,mereka tetap menyangka mereka akan mendapat pahala di sisi ALLAH.











golongan3
ada juga manusia yang terkena waswas diwaktu mengeluarkan huruf2 bacaan Al-Fatihah,zikir dalam solat dah yg lai-lainnya dari makhrajnya.mereka ni sentiasa menjaga dan berhati-hati dalam mengucapkan tasydid2,perbezaan bunyi huruf.serta mengelokkan makhraj semasa solat tetapi yang lebih utama dilalaikan.ape yang lebih utama?.yang lebih utama itu ialah hatinya tidak sama sekali mengingat apa makna bacaan Al-Quran yang sedang dibacakan,tidak pula jiwanya juga memperoleh kemanfaatan dari nasihat2 dan petunjuk2 dari bacaanya tadiataupun memperhatikan sikit sahaja dari rahsia2nya tadi.Inilah jenis tetrtipu yang paling teruk skali.baca Al-Quran ni kene rilek2 je.tapi wajib blaja camne nak sebut dengan betul.tapi tidak perlulah untuk melampau2 bunyinya.
aku bagi satu analogi.ada sorang raja parsi ni suruh seorang pembesar dia gi baca surat kat sorang raja lain di inderagiri.pembesar ni,..aku bubuh name la senang,nama pembesar ni tengku shah.tengku shah ni pon pegi la jumpa raja inderagiri ni..raja inderagiri ni orang arab.pastu tengku shah pon mula la baca surat,tapi malangnya tengku shah ni lebih mementingkan bunyi huruf,makhraj ape kan.sampai dok ulang dua tiga empat kali mende sama.ooh,mane bley beb.korang agak2 sampai ke maksud surat tu kpd raja inderagiri tu??..haa,camtu la maksud die..hanya ALLAH yang maha mengetahui..












golongan4
Sebahagian manusia lagi ada yang tertipu dgn bacaan AL-Quran.dia ni mempercepatkan bacaannya tu sampai jadi tak de tatatertib lagi dlam bacaannya,sama la seperti sorang mamat ni dok mengomel atau membebel sorang2(aku serius).Bahkan ade yang boleh menkhatamkan Al-Quran sekali sehari semalam dgn baca camtu.Lisan nya meluncur dalam keadaan sebegitu rupa dan hatinya sebenarnya berkelana ,bolak balik kesana kemari,dibawa oleh angan-angannya yg kosong,fikirannya tidak keruan(phew~bahasa!).Dia ni tidak lagi pikir tentang maksud bacaan AlQuran yang diutamakan bukannya ancaman2 dalam alquran supaya dapat dijauhi,bukan pula nak ambek cakna(amek berat) terhadap nasihat2 dalam AlQuran supaya dapat diikuti,bukan juga larangan2nya atau perintah2nya,bukan juga nak amek teladan dari sirah,dan tidak tidak satu pon yang berguna untuk jiwanya yang rosak.Ini juga termasuk dalam org2 yang terkena ghurur(tertipu).dibaca ALQuran itu secara 'mrngomel' dan tujuannya yang tersirat dilalaikannya.

untuk perumpamaannya,ada sorang hamba ni telah dibagi satu notis oleh tuannya tentang apa yang boleh dia tak boleh buat smasa bekerja.tapi,hamba ni bukannya nak faham ape yang termaktub dalam tu..tapi dia lebih sibuk nak hafal sampai lancar dan betul lisannya tanpa mengamalkannya.takut2 bos dia datang sport check.Pastu,time bos die check die boleh beritahu sebijik2 ape yang ade dalam notis tu sampai bos die pon x paham ape yg dicakapkan oleh hamba tu(kerana kelam kabut).tapi tetap melanggar peraturan yg ade dalam notis tu.(paham x??,kalo x,bace skali lagi).

untuk perumpamaan satu lagi ialah seorang pesakit ni yang sudah diperiksa oleh doktor dan dapat resit ubat yang perlu dibeli dan dimakan.Adakah bermanfaat sekiranya resit itu dihafalkannya berulang2,dibacanya berulang kali hingga terkoyak lunyai kertasnya??adakah berguna jika dilagu-lagukan ape yang tertulis dalam resit tu?..orang yg berpendapat sedemikian sesungguhnya org yang tertipu.

tetapi,sekalipon kita wajib paham bahawa membaca AlQuran tu tidaklah sama ngan membaca notis tu dan membaca resit doktor,sebab AlQuran itu membacanya saja,asalkan menurut aturan sebagaimana mestinya sudah ada pahala yg tersendiri.tu sume org tau kan.aku tau korang tau ape yg perlu di taukan.tetapi jangan sekali-kali mengira bahawa AlQuran tu diturunkan semata-mata untuk dijadikan bacaan shj,kerana yg lebih utama itu ialah mengamalkan isinya.Ingat tu penulis blog ni!

Memang benar bahawa membaca itu tujuannya ialah agar tidak lupa,bahkan supaya selalu ingat dan hafal.Namun begitu maksud dihafalkannya ialah untuk disedari makna ertinya.menyedari makna dan erti ni tujuannya untuk diamalkan,dipraktikkan serta diambil manfaatnya.(isk3,banyak mane la aku mempraktikkan ape yang dibaca).sume ni kite perlu belajar,blaja la bahasa arab.slow n steady.hmm

k,mengenai melagukan alQuran(bertarannum)tiadalah halangannya,asalkan tak merosakkan maksudnya.tetapi orang yang tertipu dalam hal iniialah seorang yangmemiliki suara yang lazat dan empuk n merdu lalu membaca AlQuran,kemudian dia merasa 'lazat' dgn bacaan sendiri.Dalam hal ni,dia tertipu sebab merasakan 'kelazatan' itu lalu merasakan bahawa disitu lah letaknya 'kelazatan' bermunajat kpd ALLAH.padahal 'kelazatan itu tadi semata-mata 'kelazatan' dalam suaranya,buka kerana emedengarkan kalamNYA,ALLAH TA'ALA.
oleh itu,geng tarannum perlulah berhati-hati dal hal ini.

*ingin belajar asas bertarannum??sudah serik dengan lagu yang sama??kini sudah tiba masanya!!.jom belajar tarannum dgn abg na'im.bayaran tertakluk kepada terma dan syarat.(papela)

Ingatlah selalu,agar tetap takut pada ALLAH(weh penulis blog ni!,ko tulis senang je kan?ko camne?)












golongan5
ada ke org yang tertipu dgn amalan puasanya??Inipun banyak juga. Kadang2 dia berpuasa stahun penuh atau dihari-hari yg mulia,tetapi sayangnya tidak menjaga lisannya dari ghibah(mengumpat) juga hati sanubarinya juga dr riya',Malahan,tambahan pula,dia lansung tak memeriksa ape yang dia makan masa bukak puasa.yang haram pun disebat dengan sesebat-sebatnya.lisannya juga dibiarkan membicarakan perkara yg tak bermanfaat dan berlebih2 smasa siangnya.Namun,orang sebegini juga masih menganggap bhw dirinya pastinya baik2 saja nati,dijauhkan dr azab diatas perbuatnnya itu.dia ni tertipu kerana kewajipan tertentu dalam berpuasa tidak diendahkan.Yang dipentingkan yang sunat2 sahaja.












golongan6
Mereka ini melakukan ibadat haji.Sayang sekali mereka tidak membersihkan hartanya dari keharaman yg ada di dalamnya..Harta2 yg diperoleh dari dr penipuan,rasuah dan sebagainya sama sekali dibiarkan dan digunakan dalam tujuan haji..sementara itu ,hutang2nya pon belum diselesaikannya.jika masih ada tuan hutang tu, dia ni lansung tidak minta keizinan tuan hutang tu untuk tangguh bayar dulu ke.nak deal camne ke..Malahan haji yang dilakukan itu bukan haji yg wajib,tetapi hanya sunat kerana dah pergi dua tiga kali sebelum ni.Orang ini selalu juga diwaktu ditengah2 perjalanan,solat2nya dan kefardhuan2 yang lain disia-siakan saja.kurang diindahkan,dan tidak diperhatikan sama sekali.Yang lebih teruk lagi,dia ni menambah2 maksiat yg sebelum ni sudah bertimbun sebelum ni(terasa aku).Begitulah akhirnya sehingga dia sampai ke Baitullah dgn hati yang kotor,akhlak yg hina.Namun demikian,yang anehnya,dia ni menganggap hajinya yg belum tentu diterima itu mendapat kerahmatan yg sebesar2nya dr ALLAH TA'ALA dan segala dosanya diampunnkan.












golongan7
ini pula berkaitan dengan orang yang bermukim di Makkah dan Madinah.perasaan nya pelik2.sebab apa aku kata pelik.sebab dia menyangka bahawa dengan bermukim itu akan lebih dekat dgn ALLAh,lalu mudah memperoleh kerahmatan dan pengampunan ALLAH.Padahal hatinya tidak dijaga dan tidak pula dibersihkan dari penyakit2 batin itu.Anggota2 lahiriah pon dibiarkan dengan penuh noda oleh karena tidak mahu meninggalkan kemaksiatan.Orang2 semacam ini pon tertipu sebenarnya,dai hengat mentang2 di Makkah atau Madinah terus dapat dekat dengan ALLAH,tanpa membikin amalan kebaikan pon.

Keburukannya lebih terserlah dan bersinar lagi apabila hati dia sebnarnya masih berkait dengan negeri aslinya.Mesti korang tak paham.Canmni,tengoklah pada bicaranya,jikalau ada kawannya berkata padanya ."adakah kamu tinggal di makkah?".dia dengan bangga dan tanpa ragu2 lagi menjawab dgn lantang"ya!,bner wahai sahabat ku,aku memg tinggal di Makkah sudah sekian tahun!".

padahal apa yang sebenarnya dilakukan oleh si-dia ni ialah bukannya menuntut ilmu di MAkkah,atau menambah amal soleh,tapi meminta belas kasihan,mintak sedekah tanpa segan silunya.dalam demikian hal ini,org yang dok Makkah Madinah je la yang terkena ghurur ini!.












golongan8
selain itu,ada jugak orang yang tertipu dgn kezuhudannya.Orang yang jenis ini tok ambik cakna lagi soal kewangan,harta ditolaknya mentah2,puas dgn pakaian yg bermutu rendah serta makan seadanya sahaja.sampai tempat tinggal pon dia rasakan cukuplah di masjid atau madrasah.Mereka yg sebegini berfikiran bhw mereka sudah dapat mencapai tingkat kaum zahid.apa tu golongan zahid?.adapun golongan zahid ini yakni golongan yang menyingkirkan keduniaaan dan mementingkan keakhiratan.Mereka ini syok sendiri sahaja.Namun begitu,dalam hatinya masih ada perasaan ingin menjadi pemimpin atau masyhuuur.adakalanya hal itu dilakukan(hal untuk menjadi pemimpin) dgn menunjukkan ilmu pengetahuannya,adakalanya gemar sekali memberi nasihat dan ada kalanya sengaja menunjukkan kezuhudannya.Orang sebegini sebenarnya meninggalkan perkara yang kecil,tetapi menuju kepada kerosakan yang sangat besar dan maha hebat!.

Mereka menyangka bahawa diri mereka ni sudah menjadi org zuhud atau menjauhi keduniaan,padahal dia ni sebenarnya tidak mengerti apakah isi keduniaan ini yang sebetulnya.dan yang manakah yang disebut keduniaan yang sebenar2nya.Ingin aku jelaskan bahwa puncak dari 'kelazatan' duniawiah ini adalah kepala,jabatan,atau orang yang dipandang tertinggi.Inilah sebenarnya fitnah terbesar dalam keduniaan itu.itulah yang sebetulnya seperti termaktub dalam kitab ini kawan2.

Diantara orang2 ini,kdg2 ada yg suka menyendiri,mengasingkan diri dari masyarakat tetapi sekalipon demikian rupa dia tetap tertipu oleh amalannya tu.Sebabnya ialah kerana dengan perbuatan itu, dia menyombongkan diri terhadaap masyarakatdan orang2 lain dipandangnya dengan penuh kehinaan dan dosa.Menyebut hal ini, aku terbaca dilaman web iluvislam pasal luahan seorang insan terhadap golongan pendakwah yang bersikap "houlier-than-thou".Yang mana insan ini menyatakan...

"Being a sinner myself, saya sering berkonfrontasi dengan manusia2 pendakwah yg bersifat holier-than-thou, yang memandang kepada manusia2 pendosa ini seolah-olah hina, seolah-olah mereka itu sendiri maksum dan tidak pernah berbuat dosa.

Apa yang saya ingin gesa adalah kita cuba mengelakkan diri dari bersifat self-centric serta cuba meletakkan diri sendiri dalam kasut orang lain. Elakkan bersifat judgemental, kerna banyak faktor dan pembolehubah yang di luar pengetahuan kita. Cukuplah dengan mempercayai janji Allah secara total, dan meletakkan segala persandaran kepadaNya."

korang paham kan..ok aku tambah sket.Mrereka yang jenis ni juga menganggap mereka tau semua selok belok agama.Dgn sikap insan pendakwah sebeginilah yang menyebabkan manusia makin lari daripada Islam kerana mereka telah'terserap' dgn budaya Melayu yg melampau sehingga insan pendakwah ni menjadi semakin jauh dgn konsep dakwah itu sendiri.mende ni aku pernah alami sendiri.tapi xpe,yang kurang elok jadikan iktibar.k,aku sambung kes kita tadi.dia ni 'ujub dgn amalannya sendiri sedangkan hatinya masih berpenyakit dgn penyakit yg kronik.kadang2,bila diberi wang padanya,dia menolaknya sebab takut dikatakan org ramai sudah rosak kezuhudannya.pada hakikatnya orang2 begini sebenarnya suka dipuji.padahal pujian inilah selazat2 pintu keduniaan sidang hadirin sekalian.

Disamping itu,ada satu macam jenis lagi orang yg mengakui dirinya zuhud.tetapi apa yang telah dilakukan?.dia ni masih tetap memandang orang2 kaya hartawanullazi dengan mata penghormatan yang lebih dari hormatnya askar dalam perbarisan hormat diraja dari pandangannya terhadap golongan fakir miskin.Dia ni suka sgt memuji orang yang menuntut ilmu darinya,tetapi memandang jelek orang yg menuntut ilmu dari orang lain.Bukankan ini tipu daya syaithonirrajim terlaknat??.(dok kutuk syaitan,tapi dok ikut gak..isk2..sedih~).Sesungguhnya Zuhud bukan demikian caranya.bagaimana caranya?.tanyala ustaz2 dan alim ulama' di luar sana.pastu btau aku.












golongan9
ada juga di permukaan bumi ni golongan yang memberat dirinya sendiri dengan melakukan berbagai2 amalan zahir yakni yang dilakukan dgn anggota badan,memperbanyakkan yang sunat disamping melakukan yang wajib.Dalam melaksanakan semua itu,sayang sekali tidak diperhatikan keadaan hatinya,tidak dijaga denga penyakit2 hati.korang sume dah tau dah penyakit ni kan tak payah aku ulas satu2(padahal malas).camnilah,orang ini menganggap bhw dia telah mendapat keampunan dr ALLAH s.w.t dgn sebab amalan lahiriah yg dilakukan secara banyak itu,dan menganggap juga dia tidak akan dituntut dan tidak pula dimintai pertanggunganjawabnya(ade ke perkataan sebegini.maap orang bahasa) pada hari kiamat nanti perihal ataupon keadaan hatinya itu.Secara mudahnya,dia yakin bahawa ibadat2 zahiriah itu akan memenangkan timbangannya nanti berbanti batinnya yang sebenarnya.Tidakkah aku dan sidang hadirin sekalian mengetahui bahawa kelakuan seberat debu yang berupa kebaikan yg dilakukan oleh org2 yang bertaqwa,ataupon satu budi pekerti baik luhur yg dilakukan oleh seorang yg berakhlak tinggi dan berwawasan lebih baik dari amaln zahiriah seberat gunung yg dilakukan oleh org yg tidak ada ketaqwaan serta berbudi rendah.

Malahan orang2 sedemikian tak sunyi dr perbuatan berupa keburukan akhlak terhadap org ramai.Cara peergaulan amat kasar,batin penuh rasa riya' dan gemar pujian.Kalaulaah ada seorang ni cakap kt mamat ni."Oh,ustaz,uhuk2..kamu ni termasuk dalam golongan waliullah dan dicintai olehNYA".pasti mamat ni akan ketawa kecil dalam hatinya dgn mendengar pujian yg begitu hebat ni.dia tertipu.malahan mempercayai pengucapan orang tadi.Dia makin berlagak cam waliullah,mengkhusukkan setiap langkahnya.dan hampir tak pernah mengangkat leher.Dia menganggap dgn ramainya org memujinya dgn sedemikian rupa,dia beranggapan dia sudah termasuk dari golongan yg diredhai ALLAH.Kadang2 kita tidak sedar semua ini.Na'uzubillah.











golongan10(terakhir)
Inilah golongan terakhir dalam topik perbincangan kita hari ni.bile kita berbincang??.papelah.tetapi golongan ini tidak kurang bahayanya dari yg lain.Mereka ini sgt tamak haloba sekali dalam melakukan amalan sunat,solat2 sunat,tetapi tidak memberi perhatian kpd yang wajib.Camni lah..camnilah ewah2..takde lah..sebagai contoh,dia ni suka melakukan solat dhuha,tahjjud.begitu dia cuba untuk betul2 khusyuk dalm amalannya dan betul2 meminta daripada ALLAH.tatapi, solat fardhu dia buat biasa2 saje.tidak betul2 cuba untuk betul2 fokus sebagaimana yg dilakukan dalm solat dhuha dan tahajjud tadi.terasa gak aku.isk2.Jadi, untuk mendekatkan diri pada ALLAH,perlulah dlaksanakan yang wajib dengan sempurna dahulu.dgn cara terbaik sekali.Jikalau berkemampuan buatla amalan2 sunat yg boleh mendekatkan diri lagi.Tiada mungkin darinya,yakni mendahulukan yang sunnat dari yang wajib wahai sahabatku sekalian.

Alhamdulillah,habislah sudah tulisan ku.ni ada tambahan ni,tentang satu lagi golongan yang tertipu.Tadi golongan ahli ibadat yg tertipu.Ni golongan orang yang tertipu.Aku amek satu darinya.aku tulis sebab aku terasa.







golongan manusia yang tertipu
mereka dalam golongan ini suka memberi nasihat,penerangan keagamaan serta yang berhubung dgn akhlak jiwa yang elok2,budi pekerti yg luhur terpuji,juga pengertian zuhud dan sifat ikhlas yg sebenar-benarnya.tatapi yang menghairankan,mereka ni juga tertipu dgn perasaaan dirinya juga.Mereka menagggap dgn dgn membincangkan hal2 yang cam tudan mengajak orang supaya memiliki kebaikan tadi,dianggap dirinya bhw sudah bersifat dgnsifat sebagaimana yg telah diberitahu tadi.padahal,yang hakikatnya ,mereka ni sama skali sunyi dgn sifat yang telah diberitahu tadi,sama skali x endah dgn akhlak2 mulia.Mereka itu masih sombong,sangat dengki terhadap kawan2nya yang melangkah lebih maju darinya,masih tak suka bila ada orang yang memuji orang lain yang dianggap setaraf dengannya,malahan masih gemar sekali mengumpul harta2 duniallazi tanpa batasanullazi.

wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment