Sunday, November 01, 2009

Bila naim?

Bilakah agaknya hati ini mampu tenang dan tenteram?? Hati ini terlalu busuk dengan nanah yang membusuk, hati benci mati,hati suka hiburan,aku cinta dengan perjuangan tetapi bibirku malas sekali berzikir. Hatiku gelap daripada bertafakur.Aku hanya cinta kepada perjuangan bukannya Tuhan kepada perjuangan. maka itu petanda jelas bahawa aku belum cukup mencintai Ilahi.





Apakah cukup sekadar dengan keluhan? Padahal hidup memerlukan kayuhan. Kayuhan amal yang tidak putus-putus dan tanpa jemu-jemu. Kita boleh senyum ketawa dan mesra ketika bersama manusia, namun jauh di sudut hati, perasaan sedih dan merintih kerana mengenangkan dosa lalu, dosa kini dan dosa akan datang.

Sesekali kita boleh tertawa dengan kebodohan diri, tetapi lama kelamaan jika kebodohan itu berulang, hati akan sengsara oleh satu pertanyaan:

Bila aku akan matang?

4 comments: