Thursday, September 02, 2010

Sembelihlah nafsumu,ia adalah anjing hitam yg liar







Lawanlah kehendak nafsumu sekuat2nya,kerana itu punca kamu menjadi hina lagi dina.Al-Darani menyifatkan perbuatan termulia ialah yg bertentangan dgn nafsu.Begitu juga Abu Bakar al-Tamastani yang menyifatkan nikmat terbesar ialah keluar drpd genggaman nafsu.Ahmad al-Jariri menegaskan,org yg dikalahkan nafsu akan menjadi tawanannya dan terbelenggu dlm penjaranya.

Dalam konsep yg sama,Bandar al-Syairazi menyeru agar kita semua meninggalkan bisikan nafsu dan meneruskan usaha mencapai cita-cita.Sambil menyifatkan hawa nafsu sebagai kendali syaiton,Abu Ali bin al-Katib menyeru kita jgn menjadi budak kpd nafsu.BahkanAbdullah al-Murta'isi menjadikan org yg mampu mengekang hawa nafsu sebgi org yg lebih baikdrpd org yg berjalan di atas air.

Nafsu itu ammarah,sentiasa membisikkan kotoran-kotoran dlm hati kita.Nafsu itu bagaikan anjing yg liar,ia selalu mencederakan kita,jika kita tidak menambatnya.Nafsu itu najis,ia berbau busuk tidak terhingga.Nafsu itu penyakit,kita boleh mati disebabkannya.Org yg mati hati bgikan org yg tidak bernyawa.

"Menuruti nafsu dan panjang angan2",itulah perkara yg paling ditakuti Nabi S.A.WDalam masa yg lain Nabi saw memaklumkan tentang 3 perkara yg memusnahkan amal,antaranya mentaati nafsu.Apabilaseorg guru ditanya tentang nafsu,beliau menjawab,"Sembelihlah nafsu dgn pedang".Abul Abbas al-Baghdadi meriwayatkan drpd datuknya,"Penyakit seorg hamba ialah redha dgn nafsunya".

Nafsu tidak boleh dibuang tapi harus dikawal.


petikan buku khadra' ad-diman.

1 comment:

  1. Masha Allah..perkongsian yang menarik..sama2 kita 'sembelih' nafsu kita
    wachaaa!

    ReplyDelete