Friday, April 08, 2011

memang pun

saya memg tidak suka kepada golongan yg :

-sering mengkrititik Asha’irah bahkan sehingga mengkafirkan Asha’irah

-Menyamakan Ashai’rah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mua’ththilah dalam perkara mutashabihat

-Menolak dan menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek

-Berselindung di sebalik mazhab Salaf.

-Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah SAW boleh membawa kepada syirik.

-Menolak bahkan membida'ahkan tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta solihin

-Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang syirik

-Memandang remeh karamah para awliya’

-Menyatakan bahawa ibu bapa dan datuk Rasulullah SAW tidak terselamat dari azab api neraka.

-Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka

-Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)

-Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)

-Sering memperlekehkan ulama2 besar,ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.

-Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram

-Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah

-suka membangkitkan soal khilafiah.

-Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah

-Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar

-Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani

-Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat

-Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat

-Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah

-Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka



ini adalah antaranya.biarlah,aku nak jelaskan pendirian aku.biarlah jelas pendirianku.

Thursday, April 07, 2011

pelik tapi,..


(cuba kau selami gambar ni,mesti kau akan rasa sesuatu)




bagaimana seseorg akan mengembara menuju kepada Allah,masuk ke hadrat Allah,mengetahui sir-sir rabbani padahal dia masih dibelenggu oleh nafsu syahwatnya,masih belum betul2 bertaubat drpd segala kekeliruannya.

adapun sangat mustahil menghimpun dua perkara yang bertentangan dan berlawanan.


~kita dengan Sayyidi Rasulllah sollallahu'alaihi wasallam pun jauh gila,ngn Allah 'azza wa jal lagi la~ =(


Tuesday, April 05, 2011

kau nak berlagak dengan siapa??


(kau rasa jijik?hati kau lagi kotor dari tahi pun kau tak rasa jijik pulak)


kalau kau rasa kau ego,banyakkan menegur orang.bukan tunggu ditegur

kalau kau rasa kau ego,banyakkan memberi salam kpd org.bukan tunggu org bagi salam dkt kau.

kalau kau rasa kau ego,banyakkan buat kerja amal.

kalau kau rasa kau ego,pergi cuci longkang lumut+lendir,cuci lubang najis,

kalau kau rasa kau ego,pergi basuh najis adik

kalau kau rasa kau ego,banyakkan khidmat tenaga kat orh sekeliling kau

kalau kau rasa kau ego,cuba ambil hati kau,kau agak2 rasa apa?



p/s:kau tu sebenarnya bebalik kpd aku,saya tak tulis aku sebab ianya nampak pelik(sebab pelik ke sebab ego??)argh!!

Sunday, April 03, 2011

ya,aku tahu ianya susah


(barangkali gambar ini boleh aku jelaskan perasaan yg ingin aku kecapi kepada kelian)


Ada orang setelah mendapat sedikit anugerah lalu tersendat dengan anugerah itu sampai terhijab berpuluh tahun. Ada yang terhijab terus. Ada yang terhijab, kemudian terbuka kemudian terhijab lagi. Itu adalah lumrah. Ianya bergantung sejauh mana kita memerlukan Dia. Ada orang waktu susah sangat hampir dengan Tuhan, siang malam berdoa, bila Tuhan lepaskan kesusahan hati jadi jauh.




bilakah aku nak betul gila tenggelam dlm cinta kpd Allah dan Rasulullah solallahu'alaihiwasallam.Ini bukan cinta kat mulut.bukan cinta yg org ramai sibuk perkatakan.dalam cinta ini,kau akan mabuk.mabuk dlm cinta Sang Pencipta.kau tak pernah rasa kau jangan kata aku gila.biar aku gila mengejar ilmu rahsia hakikat makrifat Allah dan rasulnya.siapa tak rasa dia takkan tahu.walaupun ini suatu hakikat yg sukar dicapai.tapi,aku dambakan nya setiap saat.oh.

Sunday, March 20, 2011

The Reality






It cannot be seen through magic and tricks,
It is a balanced trader,yet it has taken my sanity away

Saturday, March 19, 2011

aku ingin mabuk

Sedar Dan Mabuk
Kesedaranmu dari KataKu
adalah sinambung
Dan mabukmu dari bahagianKu
menyilakan teguk minuman
Tak bosan-bosan peminumnya
Tak bosan-bosan peneguknya
Menyerah pada sudut piala
yang memabukkan jiwanya.
Orang-orang mabuk kepayang
memutari gelas piala
Sedang mabukku dari yang
Maha Pemutar Piala
Ada dua kemabukan bagiku
dan hanya dua penyesal hanya
satu
Yang diperuntukkan bagi
mereka
hanya untukku.
Dua mabuk kepayang
Mabuk cinta

Mabuk abadi
Ketika siuman
Segalanya bugar kembali.

Monday, January 31, 2011

mesir in anger

YA ALLAH,YA MUJIBUL QARIB,SELAMATKAN KAUM MUSLIMIN DR TENTERA TAGHUT LAKNATULLAH.SELAMATKAN IMAN SAUDARA2 KAMI.SELAMATKAN AHLI KELUARGA KAMI DISANA.SELAMATKAN SHBT2 KAMI DI SANA.YA ALLAH..HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL.LA HAUL WA LA QUWWAH ILLA BILLAH..AMIN YA RAB...