Friday, January 11, 2013

sesukar apa?

bila diri dikunjungi nikmat, hati dilewati syukur. namun hanya melewati, hanya datang dan pulang. ktika itu, cerca maksiat datang disitu, geromboln maksiat menikam bunuh nikmat, hati lari entah ke mana, diri ibarat mayat.. Ya Allah,jadikanlah aku orang yg bersyukur. Maafkan hambaMu ini, Ya Latif
maafkan aku duhai guru,aku juga banyak menderhaka kepadamu. =(

Wednesday, December 12, 2012

dikala kesejukan

memg sejuk mencabar aku utk terus istiqamah mlakukan sesuatu. aku seolah2 tercicir dlm bayangn kesenangan, sah,ini mmg bukti aku tidak setia. hmm,apakah yg berlaku tatkala musim sajlu nan tiba??

Sunday, November 04, 2012

Allah Ya Rahman Ya Rahim

memadam bukan kerja mudah. memerah keringat batin, bukan kerja senang, tapi itu yg aku perlu lakukan. terima kasih Ya Latif. benar2 mengajar erti tauhid sebenar.

Monday, October 15, 2012

rasa

hari-hari dengan masalah yang sama. cara penyelesaian yg dilakukn pun sama je. hasil pun sama je. bila la penyakit 'sama' ni nak habis.

Monday, October 01, 2012

nikah kahwin

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIIIM... bercepu2 soalan cepu mas org tanya aku: "bilo mu nak nikoh?" aku jawab: "nanti aku sampai tahap dah boleh mengajar ugama kat Masjidil Haram,takpun time aku dah jadi mufti dunia nanti,baru aku nak kawin..." haha,berangan kan??tapi tu sekadar target poyo saya la.(target misti mau tinggi ma) bukan tu yg aku nak cerita. begini,seriusly,aku berasa sgt rendah diri dgn pelajar2 medik@dentist yg kat area timur tengah ni.sbb setakat aku duk survey diorg ni bukan stakat blaja medic je,tapi bersungguh2 belajar agama.yg stakat aku jumpa la .bersungguh2 gila.pergh. diorg bgtahu aku x sempat nak fikir pasal kahwin2 ni sbb terlalu sibuk belajar.Allah3. yg pelajar2 jurusan agama ni,dah la belajar pn x bersungguh,pergi talaqqi malas,cari syeikh malas,buat nota malas,study malas,nak bagi faqih suatu2 masalah ugama pun malas,akhlak pun teruk,peribadi pun takda,solat jemaah malas,subuh liat,pakaian pun x mlambangkan pelajar jurusan agama,isap rokok,puasa sunat malas,mulut masih mencarut dan banyak lagi keburukan pelajar2 jurusan agama ni brdasarkan pemerhatian aku terhadap diri sendiri dan masyarakat sekeliing aku. tapi kalu sembang pasal kawin,paling sempurna!paling alim! malu la sikit org jurusan agama.!
(yg janggut putih-SYEIKH ISMAIL KURDI,saya baru jumpa beliau hujung minggu baru ni.sekali pandang shj,sya sudah mencintai beliau.saya sgt syg beliau)

Saturday, September 22, 2012

bimbang

bismillahirrahmaanirrahiiim assalamu'alaikum. program orentasi dah nak habis.exam kafaah dah lepas.tetapi kebimbangan saya tetap meluap2. sebelum tu,target saya disini(mafraq) ialah menyeru semua pelajar Malaysia di mafraq supaya belajar ilmu agama sampai tahqiq ilmu berbetulan dgn Ahli Sunnah Wal Jamaah. dah dekat 20 hari saya di jordan,macam2 saya bimbangkan, 1.ugama saya(iman). 2.ketiadaan saya berjumpa guru yg mursyid(ugama) dalam bidang masing2. 3.bahasa arab saya yg teruk. 4.arus wahabi yg agak teruk dalam kalangan pelajar.syiah tidak kelihatan lagi. Dalam universti,pemakaian pelajar2 wanita kuliah syariah dalam kalagn arabi sgt tidak memuaskan hati.sangat mengganggu jiwa raga.sangat2 menghijab ilmu.sangat2 mengikis barokah majlis ilmu.sgt2 benci dgn suasana ni.rasa nak menangis pun ada bila termenung. Ya Allah,tiada daya utk saya meninggalkan maksiat, dan tiada kekuatan utk membuat ta'at melainkan dgn MU,ya ALLAH. sedih sungguh. bekalan2 nasihat tuan2 guru di tanah jawi amat memberi manfaat.Ya Allah temukanlah aku Tuan2 guru di jordan ini yg mengajar ilmu yg sebenar dengan kehendakMU ya Rabbi...

Monday, September 03, 2012

kuih muih

aku punya musafir jauh kali ni,bersama rakan2 yg muda,hnya beberapa org je yg sama umur,majoriti umur 18,19.jadi aku pun memg mengambi masa utk merapatkan diri dgn rakan2 baru ni.

ye la,cr berfikir pun mcm x boleh nk masuk,lawak mereka lebih kearah kiddo sikit.dan mereka sungguh baik+skema.ye,aku suka di kelilingi dgn warga2 semcm ini,boleh la nk bentuk diri sendiri jd lebih serius dan fokus.

apa2pun setiap kali aku terfikir pasal pelajaran yg aku akan tempuhi nanti.mesti jadi takut.mungkin dlm bilik aku nanti aku nak print semua gambar masyaikh2 aku dan tampal dlm bilik buat motivasi.ckp pasal masyaikh2 ni,aku pulak jadi sebak sbb nak tinggalkan tuan2 guru di seluruh pondok tanah jawi ni.walaupun aku ni bukanlah pelajar pondok,tetapi sepatah selidah yg mampu aku bicarakan tentang agama majoritinya aku dpt dr mereka2 yg mulia ini.mana x sedihnya.

tringt pula pesanan tn guru Hj Mat Siam pondok pasir tumboh beberapa kali beliau ulang kat aku,"jgn behenti belajar(ugama)".sbb beliau tahu aku nak sambung blaja kat U (yg kita tahu ada banyak kekurgannya pd sistemnya).jadi aku memohon Allah ta'ala kurniakan aku nikmat taufiq supaya buleh istiqamah nak mengaji agama sampai mati.

bukan utk menjadi org ternama yg masyhur dlm bidang agama.bukan sekali2.cuma nak hilangkan kejahilan pada diri sendiri dan keluarga,masyarakat,dan bla3.cuma nak mengenal Allah ta'ala,dapat redhaNYA,keampunanNYA.memg susah tapi itulah kehendak aku.

mengaji ugama ni aku takut sgt kdg2,sbb tringat pesan Syeikh Husni Ginting pada pertemuan dgn beliau tahun lepas."kita org yg nak belajar nak faqih ugama paling banyak syaitannya"..x dok nak mitok belindung dgn sapa dah kecuali Allah ta'ala.



...............................................................................