Sunday, July 05, 2009

Ria' samar.Ada apa dengannya?.chee


assalamualaykum


slamat kembali...




tajuk atas tu sje je wat cam catchy sket...






(kedengaran bunyi kicauan burung diluar)


pagi ni sunggoh nyaman.aku rasa nak mnulis pulak..tadi dok chat ngn zaimu n kacau orang nk buat tutorial(padan muka..jgn marah doc)..


k lah,hari ni,aku nak menyembang ngn aku sndiri n ngn korg semua(spe y bace je la) pasal satu issue ni.yang mane mende ni aku terbaca dalam buku BIMBINGAN UNTUK MENCAPAI TINGKATAN MUKMININ KARANGAN IMAM GHAZALI.mende ni aku rasakan penting untuk korang baca.tidak kiralah yang baik atau yang sengal atau ape-ape je..






tajuk yang aku nk kopek korek ni ialah riya'.sblum tu..riya' ni korang paham kan..mencari kemasyhuran dan kedudukan dalam beribadat(aku petik dalam buku.sume org paham.riya' ni.cam menunjuk r..bajet alim..nak tunjuk bahawasanya dia ni taat kpd ALLAH la..senang cite dia ni rasa gembira bile org tengok dia beribadat.klu bahasa skang r..cmtu la lebih kurang..




tapi hari ini..aku nk oyak nyo pasal riya' yang samaarrr...riya' yang samar(tauqid)..ok.bagi aku tarik nafas dulu..




nice bebeh.korang kene tau riya' ni ada yang terang lagi bersuluh and ada jugak yang samar2 kemamar(??)..






  1. yang terang-terangan ni


,ialah sorg mamat ni memperihatkan amalan nya,tindakan dia, kepada orang orang yang ramai . .seekali pon yang diharap pada mula-mulanya pahala!..macam aku la,penah gak kan aku dulu time skolah dulu..hjung2 minggu aku pakai la serban kan..pastu kluar la masjid.tiba2!.adela plak dak muslimat lalu kat susur gajah dpan masjid tu..aku x mintak pon!.gatal betul muslimat2 ni,..time tu la dia nk lalu(alasan aku je ni..jgn layan).ujian ALLAH ni..aku pon palingkan wajahku dan teruskan perbualan ku dgn kawan aku sorang ni..aku stay je kt situ...pada saat tu terdetik la dalam hati aku.rase cam baik la..cam soleh la rase cam lelaki melayu terakhir la.rase gembira dan seronok bile org tengok aku pakai cam tu..rase cam dipercayai orang..spatutnya aku trus beredar dari situ tapi time tu..aku stay je kat situ..konon cam muslimat2 yang lalu ni puji2 aku la..sebagai contoh:






"baik la abg ni..kalo ana jadi isteri dia kan bes..bertuahnya ana.kan2?"kata salah sorang darinya sambil menguis halus rakan disebelahnya..




dan lagi..




"ya ALLAH,kuatkan la hati ku bile ana tengok abg ni..dahla hensem..baik pulak tu..ish!berkenan btul la ana..ya ALLAH2.."dentus(??) hati2 muslimat yang melihatku time tu...




ya ALLAH,lemahnya aku(termenung seketika)..hmm..




baru korang tau aku ni poyo..tp ape-apepon..camtu la lebih kurang ape yang aku nk maksudkan dengan riya' ni..




ok aku sambung..




2. adapon riya' yang lebih samar lagi



haaa...nak tau??..ok..nice..yang lebih samar ni ialah sesuatu amaln ni tidak biasa dilakukan kalau berada seorang diri..tapi amalan ni..mamat ni paksa jugak diri nya supaya melakukannya dia ringankan jugak dirinya untuk melakukannya tujuannya juga untuk mengharapkan keredhaan ALLAH..korang kurg paham kan??(untuk yg slow)..sbagai contoh ada sorang hamba ALLAH ni telah membiasakan dirinya solat mala..qiamullail..tahajjud..tetapi biasanya hamba ALLAH ni melkukannya dengan malas skali..ala-ala kadar gitu!..tiba2..ade la plak kawan die datang umah..nak tumpang shari dua kat umah die kebetulan die ade bilik satu je kt umah tu kan..pastu share la ngn hamba ALLAH ni..kmudian, x semena-mena..yang kebiasaaan nya malas nk bgn(dia bgn jugak)..jadi bersemangat dan ringan je kan ..die bangun x malas2..dia amek wudhu' pon x takut sejuk sebagaimana biasa.kedinginan pagi x dihiraukan..haa..tu la maksudnya...hmm..




3.ada pon yang lagi samar dalam keriya'kannya..samar x2..



iaitu sorang yang tidak jelas sekali dalam amalannya.yang man x merasa mudah dan x pula merasa ringan dalam amalnnya..semuanya terrendam dalam hatinya sahaja..cara yang paling mudah kalo nak tau riya' yang jenis ni..org yang melakukan amalan kebaikan tu rasa gembira jikalau ada orang lain mengetahui ketekunan ibadatnya..dada nya merasa lapang..telinganya suka skali mendengarnya..gembira bila tau org bincangkan kebaikannya lanjutan dari itu..dia pun amat seronok skali mlakukan ibadatnya..macam dalam kes aku (first)..kiranya aku dah lari mninggalkan tempat muslimat lalu tu..tapi merasa seronok ada orang tau..aku wat mende baik..haaa..gitulah maksudnya..




selitan paut makar beradu(??)


dalam kitab ni juga menyebut:




"ria' itu dapat memendam dalam hati bagai terendamnya api dalam batu.api tidak dapat dilihat,tetapi setelah dighosokkan besi,barulah keluar nyalanya.ria' itu tidak akan tampak,tetapi setelah beradu dgn pujian orang,barulah timbul alamatnya iaitu merasa gembira.."




selanjutnya ...kalau x xx(tauqid) dilawan perasaan senang orang tau kebaikan kta buat dgn rasa kebencian dan penolakan dari segi bathiniah..bahaya!..sebab ini kan menjurus kepada suntikan halus ni..boelh menjurus kepada dalam bentuk lahiriah..cam dia akan bercakap ngn melemahlembutkan suara and menampakkan bekas airmata serta wajah yang serba muram durja.(fuh..bahasa)




4.adalagi ria' yang lagi samr dari ni...samar x3..





fuh..letih beb..malas ah nak tangguh..kang tertido aku kang..aku nk siapkan jugak artikel ni..sbb aku dah janji ngan zaimu nazmeer(pergh..glamer ko ) nk siap kan sblum malam ni!..




ok..aku sambung..ria' x3..seorang ni..menyembunyikan semua amalannya dan memg x suka lansong untuk diperlihatkan kt orang-orang yang ramai,x suka kalau ada orang tahu ketekunan amalan dan ketaatannya.kalau kite nampak mmg dah bagus gile hamba ALLAH ni kan?sudahlah amat baik semua itu..tetapi.hamba ALLAH ni ada kesenangan dalam hatinya kalau dia bertemu ngn orang ramai ramai dia mngharapkan mereka itu menyambutnya dgn senyuman dan rasa hormat,suka mendapat pujian dan senang skali kalau ape yang diperlukannya,segera diusahakan oleh orang-orang mailto:itu@ itu..selain itu,dia juga senang kalau masyarakat memberi kelonggaran terhadapnya.macam harga yang murah dalam jual beli,dalam satu majlisia senang diberi tempat tertentu..tambahan pula..kalau la dalam satu ketika tu dia x dilayan dengan cara yang mnunjukkan kurang perhatian terhadapnya..dia rase x best tau..dia rase cm nk prgi dari situ..jauhkan diri dari kelompok yang kurang menghargai dirinya tu..orang yang semacam ini kan..dia macam seolah-olah menginginkan datangnya kehormatan masyarakat kepadanya dengan adanya ketaatan dah ibadat yang dirahsiakannya yang dilakukannya(uh..korang paham x ni??)..nampak x??..ria' yang sejenis ni..lebih halus dari merayapnya semut metadak semut..




*soalan:semut apakah yang berwarna hitam??(jwpan dibawah sekali)






dan sesungguhnya amatlah sulit kite nak elak benda2 yang seumpama ini..melainkan golongan2 shiddiqin yang ikhlas semata-mata kerana ALLAH.aku ni sgt jauh lagi..(merenung keluar jendela)




ok..aku sambung sket lagi(pnat dah ni)..




kalau korang baca ape yang aku tulis kat atas..korang mesti terpikir..




"ooh(x puas ati),,kalau camtu..kite x leh gembira lansung la terhadapketekunan dalm melakukan printah agama??"..




ilek2 bro..chill2..gembira ni terbahagi kepada dua(dalam konteks perbincangan kira la):






  1. gembira yang terpuji


seorang hamba ALLAH ni mlakukan ibadat sengaja hendak menyembunyikan dan benar2 ikhlas hatinya dalam amalannya itu..tapi,sekalipon ada orang yang mengetahuai ketekunannya itu,maka dia yakin bahawa memamg ALLAH SUBHANAHUWATA'ALA yang memprlihatkan amalannya kpd orang lain.ALLAH S.W.T hendak menunjukkan kebaikannya kepada orang ramaijadi,tersebar kebaikan dirinya itu itu keranakehendak yg telah ditentukan ALLAH jua.dia percaya bahawa itulah kasih sayang ALLAH padanya sbb..tiada sesuatu kasih sayang yang lebih indah dari menutupi yang buruk,memperlihatkan yang baik..itulah kegembiraannya!..bukan sebab orang tau malannya,bukan sbb pujian orang,bukan sebab simpati orang!


tetapi sebab merasakan ALLAH telah memandangnya dengan pandangan yang menggembirakan.


kegembiraan camni la baru boleh beb.baru lulus.baru hooliaow!




firman ALLAH.surah yunus.ayat 58..bukan aku hafal..aku tengok kitab..




"katakanlah,bhw itu trjadi dgn keutamaan serta kerahmatan.Oleh sebab itu,bolehlah mereka bergembira dgn yg sedmikian td".




satu lagi kegembiraan yang dibolehkan dalam konteks perbincangan kita.jap..aku nk rest..seriyes penat.. dah la kipas pon x on..




k..aku sambung..




kegembiraan selainnya ialah kerana ada dalma sangkaannya bhw orang yang mengetahui amalannya agaknya ada keinginan untuk mencontohinya..nampak sgt org yang emuji tadi kecintaannya kdp ALLAH dan cinta kepada org yang berbakti di jalan ALLAH ni..insyaALLAH.akan timbul kecendorongan hati mereka kpd kebajikan..korang faham kan??...yang ni untung..pahala org yang pertama(yang menyebar) tadi berganda dua..x kurang siket pon..




2.kegembiraan yang tercela



(rujuk di atas..cam aku dok cite tadi la..)








maka selesailah perkongsian ku untuk saat ni..


wallahua'lam..




p/s:




  1. sori beb kalo terkasar bahasa..


  2. abaikan perkataan yang sia2(dentus,kemamar..)


  3. kalo bleh komen r sket..


  4. aku bold tu x nak bagi korang ngantuk!..


*jawapan:semutullazi(abaikan)

1 comment:

  1. thniah..moga mnjadi peringatan bg dri ini agr tdk mudah alpa..

    ReplyDelete