Friday, November 13, 2009

kenapa aku serabut?

bismillahirrohmaanirrohiiiiim..

salam...
ini jawapannya.serius ni memang untuk aku.korg x tau la.korg syadid.no hal nye.




Sebab Jiwa Aku Serabut

Antara sebab-sebab jiwa aku serabut adalah seperti berikut:

1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan aku ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Bila kena uji bila iman aku lemah atau tidak beriman.na'uzubillah.

Ketenangan itu sebenarnye berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia kena dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, tinggal di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa dan lain-lain.

Bila ketenangan dah tak ada dalam diri aku ni, aku memang sentiasa keluh kesah. Apa je aku buat serba tak kena, makan rasa tak sedap, tidur tak lena, membuat sesuatu perkara memang tak ada penumpuan lagi, selalu je termenung, orang bercakap kurang ambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan terutamanya dgn org yg baik2 atau soleh, membaca pun terganggu untuk memahami,rasa tak suka dengan org2 soleh.Aku jadi mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah terasa, mudah tersinggung, tak tahan sabar, tak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.kalau becakap pun mrapu.

Orang yang berada di dalam tidak tenang macam aku ni, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran atau ilmu, aku tidak boleh kontrol rasa tidak tenang itu. Sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan. Sentiasa nampak muram, susah hati aku mmg amat ketara,tapi aku tak tahu org perasan ke tak.Kalau aku seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat skalipun mungkin kepada sesetengah orang aku boleh kontrol perasaann aku. Di tengah ramai aku boleh sembunyikan ketidaktenangan aku itu untuk menjaga wibawa atau status diri yang dipenuhi dgn hipokrit, tapi bila waktu keseorangan aku mulalah termenung. Kesusahan hati aku nampak dilihat di air muka aku.Tapi aku je la yang perasan.

Kalaupun aku ni orang mukanya hensem, orangnya periang, happy go lucky, adakalanya susah juga dikesan perasaan dalam hati aku sendiri. Tapi kalau la aku tak boleh kontrol, akan terlihat dimuka aku.benda ini dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada,kawan-kawan susah hati.itu pun tengoklah kawan yang macam mana.
Aku tulis ni bukan nak ambil simpati korang yang membaca.Tapi,aku nak beritahu korang betapa teruknya aku.

jadi,kesimpulannya.
JANGAN jADI MACAM AKU
ibarat kaca bersadur keemasan

wallahua'lam.

1 comment:

  1. ketenangan akan wujud pada hati yang benar2 merinduiNya..
    daripada sumber yang satu...AlQuran...moga kita akan dipeluk erat olehNya.. =)

    ReplyDelete