Saturday, August 04, 2012

ilmu

ya,aku yakin dgn kalam guru2 agamaku, dgn ketiadaan menguasai menguasai bahasa arab, memg jangan diimpi utk menguasai ilmu, setelah pemerhatian aku sendiri kulihat kesemua bidang ilmu ada matannya yg disusun indah dgn gaya bahasa yg cemerlang.nak tulis matan kena kuasai bahasa arab. contoh: aqidah ASWJ;matan jauharah,fiqh imam assyafie rahimahullahu ta'ala:matan ghayah,qiraat;matan syatibiyah,tajwid;matan jazari,mustolah hadis;err,x ingt..tapi memmg majoriti ada matan ilmunya, jadi,kepada diri aku sendiri,fikir2kanlah,kau dah umur 21pun tak tau apa lagi,buat malu mengaku mengaji agama.itu jahil ini jahil.hmmm aku pun tak tau la apa nak jadi kat aku.tiada satu juzu pun drpd diri aku yg boleh diharap,ditumpang.betul ni,sungguh lagi benar.

Thursday, August 02, 2012

tetapkan aku jalanan ini

aku sayang sgt guru2 agama aku, setakat aku ada khidupan dalam jurusan agama ni,aku tak pernah terlintas nak jadi ustaz lansung!nak jadi pensyarah university ke,mngajar ke,(tp masa depan x tau la),sbb nak dapat calon isteri yg solehah ke(masih teringatkan seseorg =.='),...hmm,kalau tengok pd akhlak ,mmg x da bakat lansung,bak kata org haraki x siqoh lansung aku ni. tapi,jauh di sudut hati aku,aku menyelami jurusan agama ni utk aku kenal Allah subhanahu wa ta'ala dan Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam.(masih tak dapat sampai skarang) dan kadang2(angan2),aku rasa macam nak kawin lambat2,aku nak belajar dalam 30 tahun++ nak menjelajah dunia,mengaji,cari ulama,cari wali2 Allah,nak khidmat kat mereka2 yg mulia ni,sampai aku mampu bimbing diri aku baru aku balik ke tanah air,dan menyebarkan agama.then lepas tu baru nak fikir fasal kahwin ke apa ke.(tapi kalau dah jodoh awal tu nak buat camna ye,heh) sbb skang ni aku tengok golongn ustaz ni mmg kurg kualiti,terutamanya dari sudut akhlak! kalau nak bicara tentang panduan agama di Malaya,aku lebih suka merujuk kepada tuan guru2 pondok yg berada di seluruh pelusuk Malaya,kalau nak di bandingkan dgn pensyarah agama d uni.ataupun ustaz2 di skolah,selebriti tv ugama dan sewaktu dgnnya.dari sudut ilmu sudah jauh ketara,apatah lagi dari sudut akhlak @ adab,pendek kata,tarbiah yg dijalani oleh masyaikh2 pondok2 @ sewaktu dgnnya sgt hebat,mujahadah,tekun.dan pengambilan ilmu secara talaqqi bersanad yg dijalani olen tuan guru2 pondok khususnya @ masyaikh2 di seluruh dunia amnya amat membina peribadi. biasanya,masyaikh2 ni,kalau aku jumpa mereka mesti terus jatuh cinta,dan perasaan sayang membuak2 kpd mereka,walaupun aku tak menuntut ilmu dgn mereka,ulama2 yg betul2 di atas jalan Ahli sunnah wa jamaah mmg Allah subhanahu wa ta'ala campakkan nur kpd mereka,dan dgn nur itu menyebarkan rasa kasih cinta kpd mereka ini. sbagai satu contoh:dkat dgn jelawat, ada seorg tuan guru namanya Tuan Guru Hj. Abdul Hamid Gunong,madrasah beliau kat Gunong,area jelawat.beliau mengajar banyak sgt kitab,tapi semenjak beliau meningkat usia,beliau lebih kpd mmbaca kitab2 tasawwuf,air muka nya jernih masyaAllah,skali tengok muka dia terus rasa insaf dgn dosa kita,rasa tenang,rasa bahagia,.senyuman beliau sgt mendamaikan jiwa yg kegersangan ni.pendek kata,x knal maka x cinta.isyyyyyyyy,ni baru sorg ramai lagi yg sperti beliau. dan,akhirnya,aku akan makan kitab2 tu kalau dah start kuliah nanti inshaAllah, Ya ALLAH,berikanlah taufiq dan hidayah kpd aku supaya dapat belajar ilmu agama, dan tiada daya untuk aku meninggalkan maksiat dan tiada kekuatan untuk membuat ta'at melainkan dgn MU YA Allah,Ya Rahim....

Wednesday, February 29, 2012

tsiqah.




dan kau cuba buat junjung segala syariah,



dalam masa yg sama,

timbunan gunung lagi maksiat-maksiat zahir batin kau buat,

sering kali kau fikir,kau hipokrit!(itu patut)

sering kali manusia-manusia mencemuh kau,

"kau tak tsiqah!"

aku beri kau satu ayat dan kau peganglah dgnnya

kau jawab.

"ya,aku tak tsiqah,tetapi aku menuju kepada tsiqah"

dan satu perlu kau igt,

jikalau kau rasa teruk,berputus asa bila kau terjatuh ke dalam satu2 maksiat,dan kau rasa kecewa dah nak buat kebaikan.
itu maknanya kau bergantung kepada amalan kau,kau tak bergantung kpd Allah subhanahu wa ta'ala.

Wednesday, February 22, 2012

kita serupa


(melihat baju yg mulia ini sudah membuatku gila)








malam melambai rindu,

pagi menyapa ramah,

mereka ingin berkongsi cerita!

riuh rendah penuh cinta,

asyiknya perasaan ini,
......................


dan aku tahu cerita kita sama,

tiada lain,

semuanya berkisar,

raja permata tunggal yg bergemerlapan,

para pencintanya asyik,khusuk,mabuk kepayang,

seindah-indah perasaan,

bila namanya meluncur di mana-mana lidah,


Habibina,Rasulina,Jaddina, Nabiyyina Muhammad Sollallahu 'alaihi wa sallam


اللّهُمَّ صَلِّ عَلى سَـيِّدِنا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِيِّ الأمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ










jariku yg berkudratkan maksiat menangis tatkala menulis luahan rasa untuk Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam ini,

oh,maka berbahagialah jari yg mulia yg melepaskan rindu melalui tulisan.

Monday, February 20, 2012

sekuntum ros di medan perang




engkau,
engkau lagi,
dan engkau lagi,
tatkala kau hadir...

ini waktunya,
jeneral laknat tersenyum,
menglepaskan tambatan anjing garangnya,
aku tidak pasti berapa ekor


"itu kucing parsi";gebu,comel
tafsirku,tersenyum paksa dlm kebingungan.
ku belai anjing2 bajingannya,

jantungku berhancur bersepai,
jadi jamuan anjing jeneral,
aku bimbang,
lepas ini,kau buruannya
duhai kekasih hati,


di tengah2 runtuhan bangunan kekejamn,
aku mengesot kegeringan,
mengumpul kembali sisa2 jantung ini
luahan anjing jeneral licik itu,

di pos kawalan inilah,
sedang aku taip telegram untukmu kekasih,
memberi wasiat,
agar kau lari bersama kalung imanmu,
ke hujung timur,

jgn kau pedulikan ku,
hanya doamu akan kesembuhanku yg kudamba,
agar bisa lari,sepantas mungkin,
ke nun barat sana,

moga bersua,
bila perang bertukar cinta,


selamat tinggal kekasih. . .

Saturday, February 18, 2012

Lorong Kemuliaan

Sejak namamu menggetar rasa
Ku tunggu dan nanti kelibat mimpi
Jika diizinkan rela aku diburu deretan imbasan mimpi-mimpi
untuk bertemu dirimu Ya Rasulullah...

Sudah ku tahu kaulah utusan terakhir
Tapi aku masih jadi pelari sepi
Begitulah kehidupan ini
Gurun mana yang tidak tandus dan kering
Pantai mana yang tidak berombak dipukul gelora

Terpancar sejalur cahaya dari lorong
Tika aku merenung pagi yang cerah
yang sekadar datang dan pergi
Lamunanku tersentak lalu aku mendongak
Gemuruh rasa menggamit dosa-dosa silam
Lalu ku khabarkan pada angin
Bawalah dedaunan kering
jauh dari hidupku

Tercalit secebis lontaran cinta gerangan kekasih Allah
yang memukau mata hati
Meskipun aku hanya sekadar cuba menangkap bayang-bayangnya
Lebih malang mereka yang jatuh ke lembah sepi dan berduri

Mulia...begitulah namamu
Mulia...begitulah jiwamu
Aku hina di hadapanmu
Aku mulia dengan kemuliaanmu...


karya fikri noor

Sunday, February 12, 2012

madad


(indahkan?)


beberapa hari yang lepas,kami ada la kuliah talaqqi fiqh manhaji Imam As-Syafie rahimahullahu ta'ala dgn Syeikh Dr. Abdul Khaleq.

bab haritu,bab solat istisqa'.

time tgh syeikh syarah bab doa istisqa',dgn tak semena mena,hujan turun.MASYAALLAH!laung syeikh.bertalu2 MASHAALLAH time tu,yg jadi ta'jubnya,lepas habis kuliah pasal solat istisqa' tu.hujan pun turut reda.

seriyes,terasa madad dan barokah habaq hang.

DAN,saya tak rasa benda ni kebetulan lansung.SUBHANALLAH!ajaib.

dan kesimpulannya,i love my syeikh very much! =)

*sunnat kita tulis "rohimahullahu ta'ala" kat syeikh2 besar muktabar yg dijamin dalam landasan ASWJ

*time baca perkataan yg membesarkan Allah subhanahu wa ta'ala,baca dgn suara.agar dapat pahala.untk kebaikan bersama.dgn suara ye.alah menyanyi boleh,takkan ni ta boleh kan3.

wallahu a'lam.