Friday, November 13, 2009

kenapa aku serabut?

bismillahirrohmaanirrohiiiiim..

salam...
ini jawapannya.serius ni memang untuk aku.korg x tau la.korg syadid.no hal nye.




Sebab Jiwa Aku Serabut

Antara sebab-sebab jiwa aku serabut adalah seperti berikut:

1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan aku ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Bila kena uji bila iman aku lemah atau tidak beriman.na'uzubillah.

Ketenangan itu sebenarnye berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia kena dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, tinggal di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa dan lain-lain.

Bila ketenangan dah tak ada dalam diri aku ni, aku memang sentiasa keluh kesah. Apa je aku buat serba tak kena, makan rasa tak sedap, tidur tak lena, membuat sesuatu perkara memang tak ada penumpuan lagi, selalu je termenung, orang bercakap kurang ambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan terutamanya dgn org yg baik2 atau soleh, membaca pun terganggu untuk memahami,rasa tak suka dengan org2 soleh.Aku jadi mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah terasa, mudah tersinggung, tak tahan sabar, tak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.kalau becakap pun mrapu.

Orang yang berada di dalam tidak tenang macam aku ni, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran atau ilmu, aku tidak boleh kontrol rasa tidak tenang itu. Sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan. Sentiasa nampak muram, susah hati aku mmg amat ketara,tapi aku tak tahu org perasan ke tak.Kalau aku seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat skalipun mungkin kepada sesetengah orang aku boleh kontrol perasaann aku. Di tengah ramai aku boleh sembunyikan ketidaktenangan aku itu untuk menjaga wibawa atau status diri yang dipenuhi dgn hipokrit, tapi bila waktu keseorangan aku mulalah termenung. Kesusahan hati aku nampak dilihat di air muka aku.Tapi aku je la yang perasan.

Kalaupun aku ni orang mukanya hensem, orangnya periang, happy go lucky, adakalanya susah juga dikesan perasaan dalam hati aku sendiri. Tapi kalau la aku tak boleh kontrol, akan terlihat dimuka aku.benda ini dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada,kawan-kawan susah hati.itu pun tengoklah kawan yang macam mana.
Aku tulis ni bukan nak ambil simpati korang yang membaca.Tapi,aku nak beritahu korang betapa teruknya aku.

jadi,kesimpulannya.
JANGAN jADI MACAM AKU
ibarat kaca bersadur keemasan

wallahua'lam.

Tuesday, November 10, 2009

inovasi aku!...weh bace weh..ples2...

Bosmillahirrohmaanirrohiiiiim.....

salam.hari ini aku bosan gile..seperti hari2 yg biasa.bosan tak terkata.akux tau nk kata ape dah..mmg isy..bosan gile..
tapi hari ni,disebabkan kebosanan aku yg membosankan.,aku telah mengambil satu inisiatif untuk mngurangkan thp bosan yang aku miliki..hari ni,aku telah menjahit!..
ceni cite die..

aku tengok ada satu dr baju aku ni orait gak la..nice..baju THE BEATLES..ni along(shukri 5 marikh..skang blaja mt UM) punya ni..aku ingat lagi aku berebut ngn sape ntah nk dapatkan baju ni time kt smapkajang dulu...tapi,skang ni..baju ni cam2 fit sket ntuk aku pakai..aku bukan tanak pakai baju tu..tapi fit kan..aku cm malu la..takut2 la seksi ke hape ke..sbb badan aku mmg fit skang..smpai ade org panggil aku tony jaa..aku bengang gile..isy..tape la en..saba je la...jadi,aku pon amik baju tu..diktinya.. pendekkan cerita...aku ubah baju tu dr sebuah baju ke sebuah beg...gambar2 ni adalah buktinya...tempoh masa yg diambil:3 jam..dan satu mende aku nk btau...material untuk aku wat beg ni...hanya lah baju ni!...tade bendasing2..material sampingan tu ade la cam..gunting, benang,buuton sebijik,..
Beg ni sesuai untuk friends outing,picnic,beg g kuliah,nk mencapap,..
lobang2 untuk memasukkan barang ke dlm beg ni ade 3..lobang kepala,lobang lengan kiri kanan..100% cotton..beg ni saiz M...made in kelantanullazi...
wokeh layan pic di bawah..pastu kome skali..x kesa la kt shoutbox ke kat post i..hahaha..k,layanullazi...:-)



pic

1.jahitan pari2 mantan beradu tujuh beradikullazi...
2.dari belakang..-the beatles-
3.tag baju tu..haha
4.decoration sketul(vintage button)
5.dari depan








wallahua'lam....


p/s:
1.tq kpd ALLAH krana mmberi cetusan idea nni dan tenaga untuk aku buat kje ni..tanpaNYA aku x leh wat pape...

2.tq cekgu zarifah(smapk) sbb ajar aku mnjahit time f3..(macam la die baca blog aku..)

3.tq kpada pminat2 say yg x behenti untuk trus mmberi sokongan dan dorongan kpd saya untuk mneruskan pjuangan ni..luv u ol!...haha

4.x saba2 aku nk gune bag klaka ni..hahaha

Sunday, November 01, 2009

Bila naim?

Bilakah agaknya hati ini mampu tenang dan tenteram?? Hati ini terlalu busuk dengan nanah yang membusuk, hati benci mati,hati suka hiburan,aku cinta dengan perjuangan tetapi bibirku malas sekali berzikir. Hatiku gelap daripada bertafakur.Aku hanya cinta kepada perjuangan bukannya Tuhan kepada perjuangan. maka itu petanda jelas bahawa aku belum cukup mencintai Ilahi.





Apakah cukup sekadar dengan keluhan? Padahal hidup memerlukan kayuhan. Kayuhan amal yang tidak putus-putus dan tanpa jemu-jemu. Kita boleh senyum ketawa dan mesra ketika bersama manusia, namun jauh di sudut hati, perasaan sedih dan merintih kerana mengenangkan dosa lalu, dosa kini dan dosa akan datang.

Sesekali kita boleh tertawa dengan kebodohan diri, tetapi lama kelamaan jika kebodohan itu berulang, hati akan sengsara oleh satu pertanyaan:

Bila aku akan matang?

Wednesday, October 28, 2009

sape rasa dia muslimat@pompuan@gadis@awek@wanita... sila baca..!

Bismillaahirrohmaanirrohiiim
Assalamualaikum..

ni aku copy lam iluvislam
bace la muslimat2 sekelian..
luahan kalbu ni mmg btul oo..
korang je x tau..
perit tau x..periitt!




Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.


p/s:aku sebenanye nk btau lame dah..skali aku jumpa dalam iluvislam..so,aku copy je la..k..enjoyullazi la ek!
wallahua'lam.

Sunday, October 25, 2009

sepi diriku......

sendiri menyepi,
tenggelam dalam renungan,
rebah di dalam ranjau menggoda,
kenapa aku makin jauh
dari ketenangan,

perlahan aku cari,
mengapa diriku sering hampa,
mungkin ku tersalah,
mungkian aku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi...

ya Rabbi,
aku merasa,
sendiri.
keseorangan,
ingin aku menangis,
menyesali diri,
mengapa terjadi sebegini..
gugurkanlah mimpi hitam ini
dari mata hatiku..

semakin jauh mennyusuri cahayaMU,
semakin aku hilang arah?..
kerana
hati ini..
sering menggelap jalanku..
seringku turuti bayang
yang tidak berwajah,
laksana buih laut yang memutih,
hanyut ditelah gelombang nafsu,
ya Rab,ingin sekali aku kembali pada fitrah insani.

tergamaknya hati aku,
menabur noda,
menciptakan luka,
pada aku yang dhaif,
segala2nya..ohh

baru ku terasa peritnya,
keperitan yang mencengkan dada..

ku tinggalkan semalam yang duka,
sememangnya ia tak ku duga,
ucapan semalam kini berlainan.

sudah menjadi resam dunia,
siapa yg lalai dia yg rugi,
mungkin ayat itulah yg sesuai buatku.



meskipon esok ada mentari,
adakah ia untukku..?
adakah secerah zaman putih?
berat benar buatku melangkah,
rela dalam pasrah,
rela dalam redho,
rela dalam cekal,
apa yg aku harapkan..
sering x kesampaian..



sampai bila aku begini,
resah tak bertepi,
kembalikan aku.
pada cahayaMU
yang sentiasa menyala,
menerangi hidupku,


mungkin ini suratan buatku,..oh tuhan..............

hasil nukilan benar,
pemilik jiwa yang durja...

Saturday, October 24, 2009

al haajatu tufattiqul hiilah

bismillaahirrohmaanirrohiim..

salam 'alaik..
kemahuan mgatasi halangan(tajuk kek ateh)

awwalan,aku nak btaukan.la' fi waqtii ma ana muwaajihah al-masaail fi muddati towiilah duuna tawaqqaf..korg paham kan..ini la kali pertama aku alami nya ..innallaha sami'un 'aliiim la ckp ko..kullu insaan ma'i la yamkin an yafhaham ghoriizatal syakhsii....ablah!..kaada ai'yuqtal qalbi..aku harap taun depan datang dengan cepat..entri aku kali ni bukan pasal perasaan..aku tolak tepi bab tu..tolak tepi ye..bukan buang!..tapi,sanhi jamii' amri..insyaALLAh..aku akan berusaha..tapi skang ni aku rasa cam aku ni tin kosong..kalu dihentakkan dirinya berbunyi kuat,mengalihkan pandangan,tapi kalau diintai di dalam nya,..kosong..kesimpulan nya....ana makziq!...ana ana fil wirthoh!katsirun masaail...ya ALLAH,tusaa'iduni...

p/s:sori,aku tulis b. arab sket2(tu pon men tibai)..sbb aku x nk luah perasaan scara direct..
wallahua'lam.

Monday, October 19, 2009

derhaka=neraka

Bismillahirrohmaanirrohiiim...

salam.
pada suatu hari,aku g la sebuah mesenjid ni.ustaz ni ceritala pasal durhakallazi..

kan ade ayat "wal taqullahumaa uffin".Uffin tu adalah sekecik2 perkataan yang melabangkan kedurhakaan.kalo ada perkataan yang lebih kecik dan halus dari perkataan tu ,ALLAH akan gunakan yg tu..maknanya,mengeluh sikit pon xbuley kan?.nak menjawab buleh,tapi kena jaga tahap suara dan kita semmgnya benar.

dan satu lagi ulasan,sesetengah ulama2 mentafsirkan perkataan "Uffin" tu dengan perkara yang lebih halus lagi.halus yang macam mana?.yang mana kita ade perasaan meluat terhadap ibubapa kita.sebagai satu contoh,saya jaga ibubapa saya dgn baik selama 100 taun.dan lepas tu,kita pon cakap kat adik beradik kita yang lain."korg ameklah ayah ni,dah penat aku jaga,meluat aku."..lepas tu,adik saya jaga.x lama selepas tu,ayah meninggal.saya sedikit pon tidak mendapat manfaat dr menjaga bapa saya selama 100 taun malahan mendapat dosa kerana ada perasaan yang semacam itu yang telah dikategori sebagai perbuatan yang durhaka.meluat ni xperlu kita cakap,kalau meluat terhaap ibubapa tu ada dalam hati pon dah cukup menjatuhkan kita dalam kategori anak derhakallazi.

yeah!.itu sahaja perkongsian saya yang diharapkan ikhlas lahir dari hati dan mendapat berkat dr ALLAH.

p/s:post yang akan datang ialah tentang perasaan.(ceyt..cam ramai pembaca)

wallahua'lam.