Sunday, October 25, 2009

sepi diriku......

sendiri menyepi,
tenggelam dalam renungan,
rebah di dalam ranjau menggoda,
kenapa aku makin jauh
dari ketenangan,

perlahan aku cari,
mengapa diriku sering hampa,
mungkin ku tersalah,
mungkian aku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi...

ya Rabbi,
aku merasa,
sendiri.
keseorangan,
ingin aku menangis,
menyesali diri,
mengapa terjadi sebegini..
gugurkanlah mimpi hitam ini
dari mata hatiku..

semakin jauh mennyusuri cahayaMU,
semakin aku hilang arah?..
kerana
hati ini..
sering menggelap jalanku..
seringku turuti bayang
yang tidak berwajah,
laksana buih laut yang memutih,
hanyut ditelah gelombang nafsu,
ya Rab,ingin sekali aku kembali pada fitrah insani.

tergamaknya hati aku,
menabur noda,
menciptakan luka,
pada aku yang dhaif,
segala2nya..ohh

baru ku terasa peritnya,
keperitan yang mencengkan dada..

ku tinggalkan semalam yang duka,
sememangnya ia tak ku duga,
ucapan semalam kini berlainan.

sudah menjadi resam dunia,
siapa yg lalai dia yg rugi,
mungkin ayat itulah yg sesuai buatku.



meskipon esok ada mentari,
adakah ia untukku..?
adakah secerah zaman putih?
berat benar buatku melangkah,
rela dalam pasrah,
rela dalam redho,
rela dalam cekal,
apa yg aku harapkan..
sering x kesampaian..



sampai bila aku begini,
resah tak bertepi,
kembalikan aku.
pada cahayaMU
yang sentiasa menyala,
menerangi hidupku,


mungkin ini suratan buatku,..oh tuhan..............

hasil nukilan benar,
pemilik jiwa yang durja...

3 comments:

  1. puas hati aku tulis mende ni..
    alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..terharu akuh...

    ReplyDelete
  3. berat mata memandang,berat lagi bahu memikul..:-(

    ReplyDelete