saya memg tidak suka kepada golongan yg :
-sering mengkrititik Asha’irah bahkan sehingga mengkafirkan Asha’irah
-Menyamakan Ashai’rah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mua’ththilah dalam perkara mutashabihat
-Menolak dan menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek
-Berselindung di sebalik mazhab Salaf.
-Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah SAW boleh membawa kepada syirik.
-Menolak bahkan membida'ahkan tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta solihin
-Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang syirik
-Memandang remeh karamah para awliya’
-Menyatakan bahawa ibu bapa dan datuk Rasulullah SAW tidak terselamat dari azab api neraka.
-Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka
-Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)
-Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)
-Sering memperlekehkan ulama2 besar,ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.
-Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram
-Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah
-suka membangkitkan soal khilafiah.
-Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah
-Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar
-Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani
-Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat
-Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat
-Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah
-Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka
ini adalah antaranya.biarlah,aku nak jelaskan pendirian aku.biarlah jelas pendirianku.